Followers

Saturday, February 11, 2017

LIFE IS EASY...

Hidup itu sederhana.... Kamu pergi bekerja dan pulang dengan senyum bahagia, itulah hidup. Kamu gagal kemarin tapi kamu tidak menyerah, itulah hidup. Namun sering kali kita membuat hidup menjadi rumit karena mengejar KEMEWAHAN duniawi secara berlebihan.
Berhentilah menghubungkan kebahagian hidup dengan materiAL ! Biarlah kata kata motivasi hidup ini masuk dalam hatimu, dan kamu memahami bahwa hidup itu sebenarnya adalah kesederhanaan.
Berhenti bicara tentang hal orang lain sebaliknya berusaha setiap masa memperbaiki setiap kelemahan yang ada diam bukan bermakna kesepian daripada mempunyai rakan whatsap group yang tak henti2 berlumba mempamerkan kehidupan serba mewah dan sempurna sedang hakikatnya mereka sedang berlakon untuk memenangi watak seorang hartawan yang success......hakikat hidup bahagia itu adalah kesederhanaan dimana kita melihat dr sudut pandangan dr tingkat teratas supaya nampak jelas semua pemandangan........
'Jangan fikir bersendirian akan membuat anda sepi...dikelilingi orang yang salah akan membuatkan diri anda berasa kecil dan lebih sepi....'

Monday, February 6, 2017

Selamat Datang

Hye ........πŸ‘‹ πŸ‘€
Sila click link di atas untuk page khas berkaitan kuih2 raya😊
This is personal blog untuk tatapan waris bila aku telah kembali kepadaNya...

Blog ni banyak saya catit tentang benda2 penting sebab aktif dulu .....satu masa dulu sedang mengandungkan Hana jadi banyak sharing tentang baby persiapan bersalin, berpantang dsbgnya yg sewaktu dengannya....dah lama blog ni bersawang lalang tinggi melambai baru minggu lepas saya tebas2 untuk nak naikkan trafic blog ni semula....guest what? Saya dah banyak sangat lupa how to make trafic heavy dan cam na nak buat blog saya berada di first page dalam egine carian google.....
den bonar2 hilang memories cam na nak buat ni......

Sunday, February 5, 2017

KUIH RAYA MURAH DAN SEDAP 2017

ASSALAMUALAIKUM....
BAKAL2 USAHAWAN PACK TESTER BISKUT RAYA DAH BOLEH MULA BELI BULAN MARCH 2017...
SAPA NAK ORDER BOLEH CALL HANI 012-9501631
SEMOGA ALLAH S.W.T MELIPAT GANDAKAN REZEKI KITA SEMUA PADA TAHUN INI...
RM45 50 pcs setiap jenis satu pcs include 1 catalog






ANEKA BISKUT BANGKIT

Keluarga Bangkit
Bangkit Nestum Bangkit Cheese Bangkit Oreo
Sebalang RM20
nyum....nyum....
nak bisnes boleh angkat phone call 0129501631 kita bincang harga "betapa kucintapadamu"

Pemborong Kuih Raya Pantai Timur Utara SElatan 2017

Assalammualaikum tahun 2017 ni raya awal Jun dah Raya,,,,,,Puasa dah start in Mei.....
So sebaik2 isteri adalah perancang yang baik.....apa kelebihan jika kita merancang.....banyak kelebihannya....antaranya adalah kita dapat berjimat............so pada tahun ni sesiapa yang selalu tertekan duit selalu paras2 hidung je tu.....bila sampai minggu ketiga dah cungap2 status kewangan kita jom kita berusaha cari income lebih.....
Selagi kita baik hati...ikhlas,,,,dan tak khianati orang Miracle always with you.....apa yang penting tak kenal tak cinta.......yang penting happy........no tension2.......

Tahun ni biskut raya...kuih2 kering traditional semua naik harga impact dari kenaikan harga minyak....yang untung org yang bijak ambil peluang dengan kenaikan2 harga barang ni...berhenti mengeluh ambil kebaikan dr sesuatu yang tidak baik manfaat tinja menjadi baja..........cewah........
dah pun ratu pidato jangan dicabar......membaca tu hobi dari dulu....jadi bahasa penulisan tu memang berbunga-bunga.......

RM28 / box
RM25 5 box
RM22 10 box
RM20 20 box

CUKUPLAH ALLAH BAGIKU

Assalamualaikum....
Perkataan cukuplah Allah bagiku sangat sering kita dengar apabila kita bersedih
namun untuk menzahirkan perbuatan bagi menyatakan keyakinan ayat cukuplah Allah bagiku bukan semua insan mampu melakukannya....
Percayalah...ayat yang begitu mudah....simple.....mudah difahami.....mudah dinyatakan....tetapi sukar untuk dibuktikan.....
Disini kita bertawakal hanya kepada Allah dengan harapan Allah yang mengatur setiap perjalanan hidup kita....menjadi kaya menjadi miskin....menjadi cantik....menjadi hodoh...menjadi putih....hatta menjadi hitam.....
Manusia....tidak semua melihat seperti burung....kerana kita tidak mempunyai sayap....
Namun dengan akal yang bijaksana manusia mampu melihat bagaikan burung....
Kerana ilmu itu mampu mengangkat darjat seseorang.....
Ramai kawan2 dan pembaca sekalian pasti pernah kecewa dengan pasangan....pekerjaan......malah sahabat2....mampukah anda berhenti kerja akibat terlalu banyak tekanan dan tiada penghargaan setelah pelbagai kerja keras yang anda lakukan....disinilah keyakinan "cukuplah Allah bagiku" bagaimana anda mampu membuktikan keyakinan anda bahawa Allahlah yang mengatur segala2nya....
Sesuatu yang kita nak sangat selalu susah nak dapat kadang2 langsung tak dapat sedang yang kita tak berkehendaki mudah pula kita dapat....itulah yang kita harus faham....yg baik untuk kita belum tentu baik yang tak baik untuk kita mungkin itulah yang terbaik dalam pengetahuan Allah.....
Sama lah juga kisah khianat mengkhianati.....belum lagi seorang pengurus yang menafikan hak2 pekerjanya....selagi dunia berputar biar alam sahaja membalas setiap kebaikan dan keburukan yang dilakukan insani....
kita masuk syurga dengan rahmat Allah....biarlah orang buat kita jangan kita buat orang.....
Hasad dengki.......penyakit hati yang penuh hasad ni melemahkan jiwa.....ada orang sanggup nak berbaik2 dengan kita setelah dia melihat diri kita berharta berpengaruh orang2 bergini lah yang kita anggap kaki ampu kaki bodek kaki jilat yang tegar....kaya dipuji miskin dicaci.......
Kebelakangan ini banyak perkara2 baru yang aku pelajari.........bila ditanya mengapa aku?
Bukan kali pertama hak2 aku sebagai pekerja dinafikan....bukan kali ini....sebelum inipun dah terjadi hal yang sama....kesetiaan kerja kuat yang diberi tidak dihargai....dimanakah hati salimu duhai insan yang diberikan amanah.......

Tuesday, October 4, 2016

D' River Side Janda Baik Pahang

Selalu saja bila ada cuti extra a.k.a public holiday yang jatuh pada hari Isnin macam -macam aktiviti kami rancang agar puteri kecil tak kepuasan almaklum puteri tunggal....mama tak tau la bila nak bagi adik....kita serahkan segalanya kepada yang maha esa sebagai penentu ya.....
Mama merancang nak ambil beberapa anak angkat lelaki dan perempuan yang lebih dewasa dari Hana.....Insyaallah mama hanya merancang Allah jua la penentunya.....
Kali ni saya nak share pengalaman kami di Janda baik pahangdah hampir 3 bulan baru nak update.....not in the mood nak buka blog.....bila laptop hubby dah bawa format barulah rajin nak aktif menulis di blog ni semula......

bermula perjalanan ke Janda baik kami gerak sekitar 10 pagi keluar dari rumah ok..........diulangi keluar dari rumah 10 pg...lepas tu singgah giant beli barang dan bahan untuk BBQ....ayam daging ikan jagung.....sosej...gitulerrrrrrr last time planning

Semalam...mama dah pack dah sudu, garfu, cawan, pisau, termos, kopi, gula, kole stainless steel untuk masak air, air bersih, tisu, biskut, bukan itu sahaja, bantal selimut, toto, ridsect, balm halau insect, minyak angin, ubat sakit perut ayah, ubat tahan sakit, incase kalau mama sakit perut macam dulu.....

Sebelum tu of course la mama dah servey dgn uncle google tentang janda baik ada beberapa blog story pasal janda baik ni....so selain dari blog mama hana ni banyak dah blogger tegar dah share pengalaman depa bercuti di janda baik ni....siap dah claim second hometown depa dah......actually kebanyakan pengunjung tegar ke sini adalah org dr Kuala Lumpur, Shah Alam, dan sekitarnya...bukan apa dekat sgt wei.....dan rata2 bagi alasan nak lari dari stress Kesesakan dan hingar bingar ibu kota mencari kedamaian hutan semula jadi yang ada sungai jernih, dan kehijauan alam semulajadi, dan kalau bernasib baik ada buah-buahan tempatan juga......

Kami sampai lebih kurang 2.30 petang...lepas round2 sekeliling janda baik untuk cari chalet macam yang diceritakan oleh blogger2 akhirnya jumpa la D,river site chalet neh.........huh banyak rupanya chalet yg menggunakan nama river side.........

macam biasa bila ada mood sambung dah basi citer ni....
cuma nak habaq kat hang pa....nasi lemak dengan pulut manis makcik dekat jambatan di simpang depan tu sedap.......sedap sangat memang kena bangkit subuh2 baru dapat makan......kalau tak habis dah......

Friday, September 30, 2016

The Power Of DOA

PUAS berdoa, tetapi seakan tidak diterima. Pastinya ramai dalam kalangan kita pernah mengalami situasi tersebut, sehingga kadang kala membuatkan kita putus asa dan mengalah untuk terus berdoa kerana merasakannya sebagai perbuatan sia-sia.
Namun ramai yang tidak menyedari, hakikatnya pengasas pusat pengajian Bahasa Arab dan al-Quran, Institut Bayyinah, Nouman Ali Khan berkata, Allah SWT tidak pernah mengabaikan setiap doa hamba-Nya, sebaliknya sentiasa menunggu permintaan seluruh manusia.

Tambah pendakwah terkemuka antarabangsa itu, sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:

“Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu (Rasulullah SAW) tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang-orang yang berdoa kepada-Ku.” (al-Baqarah: 186).
And when My slaves ask you (O Muhammad SAW) concerning Me, then (answer them), I am indeed near (to them by My Knowledge). I respond to the invocations of the supplicant when he calls on Me (without any mediator or intercessor). So let them obey Me and believe in Me, so that they may be led aright.

Menerusi ayat ini (di atas), Allah menggunakan kalimah Ujibu bukannya Astajibu. Ini kerana Astajibu bermaksud Allah akan memperkenankan doa pada masa yang ditentukan, sebaliknya Ujibu ialah Allah akan memperkenan serta merta ketika doa itu dipanjatkan.

Ayat ini jelas memberitahu kita bahawa Allah sedang menunggu kita selaku hamba untuk meminta dan berdoa kepada-Nya. Allah juga mengatakan, tidak kira pada bila masa sekalipun, sesungguhnya Allah akan menjawab dan mendengar permohonan kita untuk dimakbulkan,” katanya.
Berasal dari Pakistan, Nouman mendapat pendidikan awal dalam Bahasa Arab di Riyadh, Arab Saudi sebelum melanjutkan pengajian agama Islam di negara kelahirannya. Meneruskan minatnya dalam bahasa Arab, beliau mendalami ilmu tersebut bersama pengasas Qiran College, Faisalabad, Pakistan, Dr. Abdus Samie.

Sama ada dalam al-Quran atau hadis, Allah tidak pernah mengatakan dalam mana-mana firman-Nya bahawa Allah hanya menjawab atau menerima doa orang tertentu seperti orang salih, rajin beribadah, berilmu atau baik-baik sahaja. Malah, Allah tidak pernah memberi syarat apa pun untuk memohon doa kepadanya.

“Sebaliknya, walaupun doa itu kita panjatkan secara tidak sengaja, Allah mengetahui dan tidak pernah mengabaikannya. Sehinggakan kadangkala kita yang tidak menyedari doa itu telah pun diperkenankan Allah.

“Inilah juga peluang yang perlu digunakan bagi pelaku dosa untuk bertaubat, kerana pintu keampunan sentiasa dibuka seluas-luasnya. Tetapi, hanya satu iaitu keikhlasan pemohon itu sahaja diperlukan,” jelasnya.
Bagaimanapun tambah Nouman, umat Islam perlu menyedari hakikat yang tersirat dan bersikap reda dengan ketetapan Allah jika doa tidak termakbul.

“Kadangkala kita merasakan doa seperti tidak diterima Allah. Ketahuilah, sesungguhnya Allah sengaja menangguhkan atau mengubah permintaan itu kepada pemberian lain yang lebih bermakna, kerana sebaik-baik perancangan adalah daripada Allah.

“Allah juga mengenali setiap hamba-Nya, lebih daripada kita mengenali diri sendiri. Oleh itu, jangan sesekali kita merasakan putus asa dengan kurniaan Allah kerana kita tidak tahu apa perancangan Allah. Jika kita yakin, pasti pertolongan Allah akan datang serta merta,” ujarnya

Sunday, August 30, 2015

Ikan PekasamLegend

Kami mengeluarkan produk baru iaitu ikan pekasam.
Untuk maklumat lanjut berkenaan produk sila klik pautan ikan pekasam legend diatas.

Tuesday, July 8, 2014

CINTA HATIKU YANG BAIK HATI

Bila jadi suri rumah sepenuh masa ni segala keperluan semua suami yang uruskan...sian sangat pada cinta hati...apatah lagi bila buah cinta dah ada....bertambah lagila tanggungan en cinta hati...tapi syukur sangat sebab Allah s.w.t maha pengasih segala-galanya dicukupkan Allah s.w.t.
Baju raya si buah cinta awal2 lagi dah dibelikan tok kandungnya.Begitu juga baju raya cinta hatiku...baju rayaku....teng...te...teng....fuhhh sepertinya la up to date seperti selalu... Hehehehe...tapi bila dah tak berduit banyak macam masa zaman bekerja jadi aku kenalah kreatif untuk mendapatkan apa yang aku mahukan...maka sibuklah aku dibulan puasa ni dengan macam2 perniagaan....tapi tu la duit kan....masuk 100 belanja seratus.
Baru2 ni aku panik resit tempahan baju raya kaftan dan pario ala2 sazzy falak tu hilang....macam mana nak gi ambil.....adoi ai.... Macam biasa la disebabkan kos upah baju tu mahal.....2 pasang plak tu jadi x berani nak tanya en cinta hati...takut die belebel....ala...org lelaki susah nak paham...biarla aku rahsiakan kos upah baju tu....
Baju tu sepatutnya dah boleh ambil bulan lepas lagi dah sebulan sebelum puasa...tapi tu la tak cukup duit lagi nak ambil....
Nak dijadikan cerita....semalam en suami balik keje die kata....mama baju raya mama tak siap lagi...adoi....... Rupa2 nya cintahatiku yang ambil resit baju tu...... Die yang nak ambilkan konon nak suprise.....sekali nyonya jahit tu x siapkan lagi.... Dia kata sabtu ni....ok la....terimakasih banyak2 suami yang kucintai...... So duit mama yang nak guna untuk ambil baju tu boleh la mama beli seluar jeans untuk ayah ya......dan baju kurung kecil untuk buah cinta Hana Qirana.....

Monday, October 21, 2013

Penawar Duka.... Mama







Masker Wajah Buatan Sendiri Baca dan buat jgn malassssss (JUST SYER APA YG SY SELALU WAT JER...TAWWW

YOGURT

Manfaat yoghurt untuk kecantikan memang tidak se-populer kegunaannya bagi kesehatan tubuh. Bermacam kandungan dan nutrisi di dalam yoghurt bisa anda manfaatkan untuk perawatan kulit wajah agar lebih cantik secara alami. Makanan dengan tekstur lembut ini memiliki khasiat untuk menjaga kesehatan kulit dengan dibuat masker muka.

 Merawat kesehatan wajah dengan manfaat yoghurt dapat anda lakukan sendiri tanpa perlu biaya perawatan mahal. Beragam kreasi masker muka berbahan dasar yoghurt bisa disesuaikan dengan jenis kulit wajah masing-masing.

Menggunakan yoghurt sebagai masker kulit adalah solusi cantik untuk mengatasi masalah penuaan seperti kerutan wajah, lingkaran hitam di sekitar mata sampai menghilangkan flek hitam yang bisa mengurangi rasa percaya diri anda.

Manfaat Yoghurt Untuk Kecantikan Wajah Alami

  • Menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata
    Umumnya masalah ini muncul karena kurangnya waktu tidur akibat kesibukan atau pun aktivitas tinggi yang mengharuskan anda begadang. Cara mengatasinya tinggal oleskan yoghurt di area mata yang berwarna hitam saat akan tidur.

    Basuh muka cantik anda pada pagi hari dan ulangi dalam satu minggu sampai warna gelap benar-benar hilang.

  • Manfaat yoghurt untuk wajah berjerawat
    Ada banyak cara alami untuk mengatasi masalah jerawat muka, jeruk lemon mempunyai khasiat sebagai pembasmi bakteri. Kombinasi buah jeruk nipis dengan yoghurt bisa menjadi obat ampuh penghilang jerawat.

    Campurkan kedua bahan tersebut sampai berbentuk lotian kemudian oleskan pada area wajah yang berjerawat.

  • Untuk melembabkan kulit yang kering
    Masker pisang sudah lama dipakai untuk merawat kulit wajah kering secara alami. Agar memperoleh hasil yang optimal, anda bisa memanfaatkan yoghurt dan madu sebagai ramuan tradisional perawatan kulit kering.

    Sediakan satu buah pisang lalu haluskan, campurkan dengan madu dan yoghurt hingga menjadi pasta. Oleskan merata ke muka dan diamkan 30 menit sebelum dibilas dengan air dingin.

  • Mencegah munculnya keriput di wajah
    Kerutan di wajah merupakan salah satu tanda penuaan yang muncul karena faktor usia. Meskipun demikian, anda bisa menunda kemunculan keriput dengan manfaat yoghurt danolive oil. Campur 4 sendok makan yoghurt dengan 1 sendok makan olive oil. Aduk sampai rata dan gunakan ramuan ini sebagai masker alami selama 30 menit.

  • Manfaat yoghurt untuk kulit bersih
    Flek hitam akibat jerawat atau karena penuaan tentu bisa mengganggu penampilan cantik anda. Campuran chamomile oil dengan yoghurt sebagai krim pemutih alami dapat menghilangkan noda hitam tersebut. Gunakan 2 kali dalam seminggu agar kulit menjadi putih bersih.

  • Membersihkan sel kulit mati secara alami
    Cara merawat wajah dengan mentimun tentu sudah anda ketahui. Ternyata, kombinasi buah ini dengan khasiat yoghurt bisa digunakan dan aman bagi kesehatan kulit. Parut mentimun kemudian campurkan bersama yoghurt lalu gunakan sebagai masker wajah selama 10 – 30 menit.

Selain enak dimakan, manfaat yoghurt untuk kecantikan wajah bisa diandalkan untuk merawat kesehatan kulit secara alami. Pemanfaatan bahan ini bisa dikombinasikan dengan bahan-bahan lain yang mudah anda temukan.


TELUR AYAM

1. Mengurangi Minyak di Wajah
Telur yang kaya akan vitamin E ini sering digunakan sebagai bahan untuk mengobati kulit berminyak. Ambil bagian putih telur dan aduk dengan bubuk cendana. Aplikasikan ke wajah untuk menyingkirkan kulit berminyak secara alami.

2. Menyembuhkan Jerawat
Manfaat putih telur yang mengandung banyak asam amino dan protein dapat dimanfaatkan sebagai masker wajah untuk menghilangkan jerawat. Caranya ambil bagian putih telurnya, lalu diusapkan merata pada wajah, dan tunggu 30 menit sampai mengering.

3. Melembutkan Kulit
Kandungan protein yang terdapat pada putih telur memiliki khasiat dalam membantu melembutkan kulit dan mengecilkan pori-pori. Campur putih telur dan yogurt dan aplikasikan sebagai masker wajah.

4. Mengobati Kulit yang Terbakar
Protein dalam putih telur dapat membantu kulit regenerasi. Campur putih telur dengan madu dan lemon pada kulit yang terbakar sinar matahari. Ramuan ini membantu Anda mendapat kulit bersih dan kencang.

5. Moisturiser Rambut
Ingin mendapatkan rambut lembut yang mudah diatur? Gunakan telur sebagai masker rambut yang berkhasiat membuat rambut mudah diatur, melembutkan dan tidak lepek.

6. Mengobati Ketombe
Ketombe sudah menjadi persoalan yang sering dijumpai. Obati ketombe dengan cara oleskan telur sebagai masker rambut, usap di kulit kepala dan tunggu 30 menit lalu bilas dengan shampo anti ketombe.

7. Mengurangi Rambut Rontok
Telur yang kaya zat besi dipercaya dapat mengurangi rambut rontok dan masalah kulit kepala. Campurkan telur dengan minyak rambut dan lemon, oleskan pada rambut dan pijat. Diamkan selama 30 menit lalu bilas dengan air hangat.

8. Rambut Berminyak & Lengket
Sering kita mengalami bad hair day karena rambut tiba-tiba menjadi lengket dan berminyak karena udara panas. Gunakan telur untuk mengobati rambut berminyak dan lengket. Ini juga akan membantu rambut mengeluarkan minyak alami yang tidak lengket.

9. Menghilangkan Lingkaran Hitam di Bawah Mata
Lingkaran hitam di bawah mata yang muncul akibat kurang tidur, dapat dihilangkan dengan bahan makanan kaya protein ini. Kocok putih telur dan oleskan pada bawah mata, tambahkan juga irisan timun dan taruh di mata Anda untuk mendapat mata yang segar.

SEKALI SEKALA BUAT MASKER KULIT KAYU MANIS....
TAPI JGN LAMA2 NT LAIN JADINYA 10 MIN CUKUP...LAMA2 NT TERBAKAR KULIT......
CARANYA.....BELI JER SERBUK KULIT KAYU MANIS...CAMPUR SIKIT TEPUNG UBI ADUN SEBATI TEPEK KAT MUKA....


Monday, November 5, 2012

Petua: Nak betulkan kedudukan baby yg songsang


*Masa nk solat tu digalakkan utk sujud lama sket... Posisi seakan2 dalam keadaan sujud untuk 5min, dan kemudiannya rebahkan badan kesebelah kanan atau kiri bergantung pada kedudukan badan baby dan baringlah selama 20-30min...
Kalau badan baby disebelah kanan; rebahkan diri kesebelah kiri dan sebaliknya.....
Wt seperti merangkak... tp jangan merangkak ke depan... Wt la dlm 5 saat, dlm 2-3 kali.
or masa buat sujud lama n merangkak or bila2 masa..
*baca ayat 74 dari surah Al-Hijr yg bermaksud : 'maka kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah'
*ambil segelas air kosong, bacakan surah al-Insyirah sebanyak 3 kali dan hembuskan ke dlm air. Ambil air yg dh dibacakan dgn surah tersebut dan usap di perut sebanyak 3 kali atau 7 kali mengikut lawan pusingan jam beserta selawat ke atas Nabi s.a.w... Lebihan air boleh lah diminum... Lebih mustajab, jika suami juga turut lakukan perkara yg sama...
*Amalkan juga membaca surah al-Insyirah sebanyak 10 kali selepas solat fardhu beserta doa, moga Allah permudahkan kelahiran anak yang kita kandungkan...
*Letak pek ais kt atas perut. Tujuannya supaya baby rasa tak selesa atau sejuk kt kepala dia. Jadi dia akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.
*Cuba bermain dgn touch light. Ambil touch light dan suluh kt bawah pusat. Tujuannya supaya baby bergerak ke arah cahaya.
*Rajin2 bercakap dan pujuk baby supaya berpusing dan duduk dikedudukan yg betol.
*Banyak2kan berdoa, baca al-Quran dan wt solat hajat supaya ALLAH membantu kita. InsyaALLAH... kita kena yakin dan ikhlas.

Amalan Supaya Uri Berada Pada Kedudukan Yang Betul

Friday, November 2, 2012

Friday, October 19, 2012

renungan

copy dari:-



Kata pujangga, hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi oleh tangisan dan diakhiri oleh tangisan. Maksudnya hidup ini penuh dengan masalah, kesukaran dan kepahitan. Lihatlah betapa seorang bayi dilahirkan ke dunia dengan tangisan, apabila dewasa nanti hidupnya akan dicelahi oleh tangisan dan akhirnya dia akan mati lalu dihantar ke kubur dengan tangisan juga.

Mereka yang pesimis dengan hidup sering mengatakan bahawa hidup hanyalah untuk menyelesaikan masalah (life is to solve problems). Sebaik selesai satu masalah, masalah baru akan menjelma. Tidak lebih daripada itu. Malah ada yang lebih pesimis lagi dengan mengatakan hidup hanyalah untuk menderita!

Itu bukan sikap seorang muslim. Jika kita mengutuk hidup bererti kita mengutuk Penciptanya (Allah). Sedangkan Allah tidak menjadikan hidup ini untuk menderita. Maha Suci Allah, Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hakikatnya, kita diciptakan untuk menikmatinya dan kemudian pulang ke akhirat untuk merasai kenikmatan yang abadi. Tetapi kita mesti berjuang untuk itu. Jadi, hidup sebenarnya untuk berjuang, bukan untuk menderita. Berjuang untuk menikmati kebahagian yang sementara demi mencapai kebahagian yang abadi!

Hidup di dunia ini penting kerana adanya akhirat. Justeru, kita mesti memanfaatkan kehidupan di dunia sebagai jambatan kebahagiaan akhirat. Hukama ada berpesan, dunia diciptakan untuk manusia, manusia dicipta untuk akhirat. Soalnya, bagaimana memanfaatkan kehidupan dunia ini untuk akhirat? Apakah yang perlu kita cari dan perjuangan dalam kehidupan yang sementara ini?

Dalam hidup yang sementara ini kita dituntut mencari hati yang sejahtera (qalbun salim). Inilah kualiti hidup yang perlu dicari dan dinikmati. Dan ini jugalah 'syurga dunia' sebelum syurga akhirat. Malangnya ramai yang pentingkan kuantiti harta berbanding kualiti jiwa. Siang malam, manusia bertungkus-lumus menumpuk harta tanpa memperdulikan kesucian jiwa. Rumah semakin besar tetapi jiwa semakin sempit. Harta semakin melimpah tetapi hati semakin sakit.

Kualiti jiwa yang rendah menyebabkan timbulnya sifat mazmumah. Ini akan menimbulkan masalah kepada pemiliknya dan orang lain. Sifat marah, dendam, sombong, iri hati, hasad dengki dan sebagainya membunuh ketenangan dalam diri. Ini menyebabkan penyakit-penyakit lahiriah seperti darah tinggi, lemah jantung, ulser, kanser, diabetes dan lain-lain. Hubungan antara kesihatan hati (psikologi) dengan fisiologi ini telah lama diakui oleh pakar-pakar perubatan.

Tanpa ketenangan tidak ada gunanya kesenangan. Harta, wang, kuasa dan pangkat tidak boleh ditukar ganti dengan ketenangan jiwa. Sebaliknya kekurangan harta, rendahnya jawatan atau pangkat, dapat ditampung oleh ketenangan jiwa.

Orang miskin yang sabar masih boleh menikmati kehidupan yang tidak boleh dinikmati oleh orang kaya yang ego. Sebaliknya, tanpa sifat qanaah, sihartawan sekalipun akan terus tersiksa oleh kemiskinan jiwanya. Itulah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw melalui sabdanya bahawa kaya sebenar ialah kayanya jiwa.

Ada enam perkara yang sangat penting dan kritikal dalam kehidupan manusia. Jika keenam-enam perkara itu stabil maka stabillah seluruh kehidupan. Perkara-perkara itu adalah kesihatan, kewangan, kerjaya, ilmu pengetahuan, perhubungan dan kekeluargaan. Jika semua perkara itu dapat dicapai dan berada dalam keadaan stabil, maka kehidupan juga akan stabil.

Sungguhpun begitu, dalam realiti kehidupan adalah sangat sukar untuk mencapai kestabilan dalam semua perkara itu. Jarang benar ada orang yang dapat mencapai semuanya. Ada yang kaya tetapi kesihatan terganggu. Ada pula kesihatannya baik tetapi ada masalah dengan perhubungan sesama anggota masyarakat.

Begitulah lumrah dunia, tidak ada seorang manusia pun yang memiliki segala-galanya. Jika demikian, apakah jalan keluar kita untuk mencapai kestabilan dalam hidup? Jawabnya, kuatkanlah iman. Ini kerana iman akan dapat menampung kekurangan dalam perkara-perkara yang lain. Jika seorang itu miskin, sakit, berpangkat rendah dan lain-lain kekurangan maka iman akan menampung kekurangan-kekurangan itu dengan sifat sabar, redha, qanaah, lapang dada dan tawakal.

Namun, tanpa iman segala kelebihan yang dimiliki akan tidak berguna. Tanpa iman, sikaya akan tamak dan tidak akan merasa cukup dengan kekayaannya, yang berkuasa akan menindas dan menzalimi, yang sihat akan lupa diri dan membuat kejahatan, yang banyak ilmu akan angkuh dan menghina orang lain.

Semua ini akan mengundang kebencian, ketidak puas hatian, kemarahan, kedengkian sesama manusia yang akhirnya akan menimbulkan krisis antara yang simiskin dengan yang sikaya, yang berkuasa dengan rakyat jelata, buruh dengan majikan dan lain-lain. Tegasnya, kualiti jiwa yang rendah (tanpa iman) itulah yang mencetuskan kemusnahan dalam hidup manusia. Dan untuk mengatasinya, tidak ada jalan lain kecuali dengan meningkatkan kualiti hati!

Mengapa soal hati sangat penting? Hati adalah kuasa penggerak di dalam diri manusia. Jika hati dikuasai kebenaran, nescaya ia menjana kebaikan. Sebaliknya jika hati dipenuhi kebatilan, ia akan melahirkan kejahatan. Hati yang dipenuhi kebaikan dan kebenaran adalah hati yang berkualiti. Ia mampu menghadapi apa juga cabaran atau masalah dalam hidup. Manakala hati yang dikuasai kejahatan dan kebatilan, adalah hati yang lemah. Ia akan goyah menghadapi masalah dan cabaran dalam hidup.

Bila hati tidak berkualiti, segala yang dilihat, difikir, dirasa dan dibuat serba tidak kena dan tidak puas. Yang kaya, berkuasa dan ternama akan terus memburu kekayaan, keseronokan dan hiburan sehingga sanggup menempuh jalan yang salah untuk mencapai maksud yang tidak pernah puas. Mereka ini umpama meminum air laut, makin diminum semakin haus. Atau memburu fata morgana – bahang yang sangat panas disangka air.

Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan "membaca" kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.

Thursday, October 18, 2012

pembekal dan penternak kambing di kawasan pahang

Assalamua'alaikum Wrmbth,

Berikut adalah senarai pembekal dan penternak kambing di kawasan pahang bagi pelbagai kegunaan (aqiqah,akikah dan korban). Mari tingkatkan dan semarakkan industri kambing dikalangan orang islam.

Kambing Jamnapari (Aqiqah dan Korban) Pahang- Hakim di talian 013-723 0729.
Jual Kandang Kambing beserta kambing sekali, KUANTAN dan PEKAN pahang- Nazri 019-2363099
Lembu untuk Aqiqah dan Korban - Balok Kuantan pahang, Anuar- 0179417183
Kambing bunting - Raub Pahang - Alsaipuddin :
Akikah dan Korban negeri pahang (khidmat masak kari disediakan) Azman Hj Zit 016-9512992
Kambing Golek Pahang - Azian 017-7894542
Kaligrafi Kulit Kambing pahang- 014-5295122/019-5323966
Induk Kambing Betina -Pekan Awah Temerloh pahang Zaid 016-9228224
Lembu Korban dan Akiqah Pahang - Azman 010-9292882
Kambing Kampung -Bera Pahang M.khairil (0179094310)
Kambing golek @ panggang - Bentong, Temerloh, Raub, Jerantut pahang -hubungi Zainal 017-9301611
Jamnapari & Boer - Kuantan Eddy:
Katering Aqiqah Kenduri dan sebagainya- Kuantan Kak Pah 0179098782
Kambing Boer Full blood Kuantan- Boer 0126427846
Kambing Aqiqah Korban Kuantan ZAMAN 0169368678


Read more: http://kambinghalal.blogspot.com/2011/10/ternakan-kambing-pahang.html#ixzz29ilUggJ2

Syair Siti Fatimah (majlis aqiqah cuku jambul......)

Syair Siti Fatimah
Syair ini mengisahkan dari detik bayi berada dalam kandungan, kesusahan ibu mengandung selama sembilan bulan, kepayahan ibu melahirkan seterusnya mengisahkan belai kasih ibu mengasuh bayi dari kecil hingga dewasa. Di samping itu syair ini mengandungi kata-kata nasihat kepada si anak terutarna agar tidak rnelupakan jasa kedua ibu dan bapa. Lirik dendangan Syair Siti Fatirnah yang sering diperdengarkan adalah seperti berikut :

Jawab :
Zaman-zaman ya Rasullullah
Zaman Nabi tanah Mekah
Wafat Nabi di Madinah
Meninggalkan anak Siti Fatimah.

Syair :
Bismillah itu mula pertama
Keadaan zat bersama-sama
Dizahirkan sifat tentukan asma
Qidam dan baqa sedialah lama.

Asal daripada Nabi Allah
Asal nawahi Nur Khatam
Dipecah empat akhir qidam
Dipecahnya itu sekalian alam

Rahim bapamu turun ibumu
Empat puluh hari Nadqah namamu
Lapan puluh hari Nadqah namamu
Seratus dua puluh hari Madqah namamu.

Dikandung ibumu sembilan bulan
Lebih dan kurang tiada ditentukan
Beberapa azab kesakitan
Dipantang pula minum dan makan.

Apabila ibumu perutnya sarat
Hendak berjalan tiadalah larat
Hatinya itu terlalu gelorat
Bapamu pantang terlalu berat.

Bapamu itu kerasnya pantang
Siang dan malam pagi dan petang
Tiada berani membunuh binatang
Takut akhirnya cederanya datang.

Alib :
Hassan Hussin anak cucu Rasulullah
Mati Hassan tinggal Hussin
Mati perang Sabilillah.

Syair :
Apabila sudah cukupnya hari
Sakitlah ibumu tiada terperi
Bapamu pun turun berlari-lari
Memanggil bidan bawa ke mari.

Bidan pun datang tiadalah lambat
Serta membawa kelengkapan ubat
Dilihatnya penuh saudara sahabat
Bidan pun naik bertempuh rapat.

Sakit ibumu tiada terkira
Berhimpunlah sanak saudara
Sangatlah ramai tiada terkira
Sekeliannya itu duduk berjaga.

Perutnya sakit bagai nak pecah
Bukannya kurang makin bertambah
Dipanggil bapamu disuruhnya langkah
Dipintanya ampun barang yang salah.

Alib :
Adam Siti Hawa datuk nenek moyang kita
Wafat di Judah di luar kota
Panjang kuburnya 40 hasta
Batu nisannya berjajar tiga.

Apabila engkau sudah jatuh ke lantai
Bidan datang segera dicapai
Dibasuh dicuci semua selesai
Diambil kain diberi pakai.

Kenanglah olehmu Awang oan Dayang
pada ibu bapamu hendaklah sayang
Sakitnya badan hangat berdiang
Hangat serta malam dan siang.

Ibumu berdiang tiada berhenti
Hidupnya pun serasa mati
Terlalu gundah di dalam hati
Antara anak lepas 44 hari.

Waktu ibumu di atas gerai
Air matanya jatuh berderai
Wahai anakku emas berurai
Dengan ibumu jangan bercerai.

Beranakkan engkau sudahlah tentu
Diletak dalam talam yang satu
Bapanya rendam gula batu
Diberi hisap ganti susu.

Di antara anak lepas 44 hari
Pusat engkau luruh sendiri
Dipotong rambut buat kenduri
Haji dan Lebai dipanggil ke mari.

Ayuhai anak paras gemilang
Pada ibumu banyaklah sayang
Dipeliharanya engkau bukannya senang
Tidur tak lena makan tak kenyang.

Memelihara engkau terlalu sudah
Tidur tidak pernah merasa mudah
Kiri kanan habis basah
Berlumur kencing dengan muntah.

Dijaga engkau tidak terperikan
Engkau diletak di atas ribaan
Tatkala menangis dipujukkan
Segala makanan tiada tertelan.

Alib :
Adam Siti Hawa
Datuk nenek moyang kita
Mati di Judah di luar kota
Berapa panjang kuburnya 40 hasta.

Syair :
Ibumu itu penat terlalu
Digantang tirai serta kelambu
Serta pula dipasang tuntu
Tak diberi nyamuk hampir padamu.

Ibu bapamu miskin terhutang
Kain sehelai haram di pinggang
Kain pun basah anak dipegang
Tarik ke atas di bawah renggang.

Susahnya ayah bukan sedikit
Disuluh nyamuk tak diberi gigit
Bila menangis bunyi sedikit
Daripada tidur segera bangkit.

Diangkat di diri dialah lali
Ayuhai anakku emas gemala
Diminta doa kepada Allah Taala
Supaya jangan mendapat cela
Ayuhai anakku emas rupawan
Tidurlah anak atas pangkuan
Ibu berdoa ke hadrat Tuhan
Jangan terkena penyakit sawan.

Jika ibu bapamu orang miskin
Tiada sampai dua helai kain
Biar jimat dia dipakai
Ditampung dihubung dibuat lampin.

Dengarlah anak yang berbahagia
Sampai umurmu muda belia
Baik tingkah kelakuan kaya
Dipuji orang akannya kita.

Kepada ibu bapa jangan dilawan
Sangat dimurka olehnya Tuhan
Ke dalam neraka dimasukkan
Azabnya tidak terperikan.

Jika disuruh engkau mengaji
Membaca Quran jangan dibenci
Supaya dapat makam terpuji
Sama ada perempuan atau lelaki.

Janganlah takut pergi mengaji
Di Padang Mahsyar tiadalah rugi
Buang olehmu fiil yang keji
Supaya terang hati mengaji

Sembahyanglah anak jangan berhenti
Dari hidup sampai ke mati
Di Padang Mahsyar diguna nanti
Di sanalah ayah bonda menanti

Sembahyang itu jangan dielak
Siang dan malam janganlah tidak
Serta mengaji janganlah tidak
Itulah tuntutan sangat dikehendak.

Janganlah tuan mengikut nafsu
Berkehendakkan intan permata batu
Minta jauh sekeliannya itu
Kepada Allah juga yang tentu.

Jika kita pergi mengaji
Kepada lebai ataupun haji
Kita ikutlah bersungguh hati
Jangan diumpat atau dikeji.

Ayuhai anakku muda bestari
Jangan bermain sehari-hari
Banyaklah ilmu engkau pelajari
Supaya senang kemudian hari.

Janganlah tuan segan dan silu
Pergilah mengaji kepada guru
Ikutlah tuan katanya itu
Jangan dibuat barang tak tentu.

Jika kita pandai mengaji
Ibu dan bapa bersuka hati
Kasihan ia tidak terperi
Ialah sangat berkehendak di hati.

Habislah nasihat tamat kalam
Dendang Fatimah ampun dalam salam
Salah silapnya tersebut kelam
Jangan simpan hati di dalam.

Sumber: http://zonfiniti.blogspot.com/2010/08/syair-siti-fatimah.html#ixzz29iULzgy3
Sila baca lagi di http://zonfiniti.blogspot.com

Monday, July 16, 2012

Gambar Bekas Isteri Redza Syah (Suami Irma Hasmie) TersebarX




x baik betul manusia yang mendedahkan hal ini........................
semoga Allah menunjukkan jalan yang lurus buat mereka.....

Sunday, July 15, 2012

Jom Buat...Tutorial Barut Bayi

Salam all,

ni nak share sikit ...
Cara membuat barut baby

1) Bahan yang digunakan hanyalah kain putih cotton dari jenis yang lembut sikit. Ada juga yang suka gunakan kain flannel yang bercorak².. ni aku ada jumpa kat nagoya.. tapi disebabkan aku jenis yang anggap putih paling sesuai untuk bby aku pon pilih kain cotton ni.. jenis yang biasa untuk buat bju sekolah tu macam agak nipis so aku pilih yang mahal sikit.. Selain tu, aku beli tali putih yang dah siap tuh.. dalam gambar tuh nampak ler.. aku beli kat tesco.. satu gulung dah cukup ler..

2) Mula² potong kain mengikut saiz di bawah. lebihkan sikit untuk jahitan. Garisan di tengah tu ada lipatan. Maknanya barut tu nanti dua lapisan kain ler..

(sekiranya bby anda dijangkakan besar ->3kg, tambahkan lebar kain jadi 18')
3) Kemudian gunakan ukuran di bawah. Buat satu garisan semi bulatan dan potong mengikut bentuk yang sesuai. Kenapa bahagian ini dibentuk sedemikian rupa adalah untuk memberi ruang pada bahagian punggung bayi untuk mengelakkan terlalu panjang pada bahagian belakang yang boleh menyebabkan terkena najis.


4) Sekiranya dibuka, kain yang telah digunting akan berbentuk seperti di bawah.


5) Untuk tali barut, potong tali siap di kedai mengikut kepanjangan di bawah. Gunakan 6 untuk setiap barut.

(kalau suka nak ikan reben, panjangkan jadi 12')
6) Pada bahagian luar, jahit tali mengikut ukuran yang diberikan seperti di bawah. Jahit hanya pada satu bahagian kain. Ini untuk mengelakkan jahitan terkena kulit bayi yang sensitif.

7) Terbalikkan kain dan dari bahagian dalam, jahit bahagian tepi barut seperti garisan merah kecuali satu bahgian untuk menterbalikkan kain.

8) Terbalikkan kain dan iron untuk memberi kekemasan sebelum menjahit satu lagi bahagian yang terbuka dari luar. Lengkaplah proses membuat barut.

9) Basuh dengan cecair pencuci yang sesuai sebelum dipakaiankan kepada bayi anda.

Mandi Daun Semasa Pantang


Khasiat mandi daun
Memulihkan tenaga ibu bersalin yang hilang
Membaik pulih rahim dan luka dalaman
Lepas direbus,boleh minum,kerana menyerap dalam salur darah dll
Membanyakkan air susu
Menghilangkan kurap kayap,kecantikan kulit
Bila nak mandi?
Hari-hari mandi sampai abes pantang 44 hari

Daun apa nak guna?

(Daun segar baru petik,aroma keluar tu terasa kesegarannya)
Daun sireh
Daun lengkuas
Daun pandan wangi
kiraan ganjil 3 5 7 ubat
Daun jerangau gulai?? (erk, x faham daun apa,bunyinya lebih kurang itu la kott)
Daun belimbing buluh
Daun jambu batu
Daun pedulang?? (ni pun sama.. lebih kurang la bunyinya,kalau salah tolong betulkan ye)
Daun Seringan badan jadi ringan
Daun serai wangi
Cara buat mandian:
Semua daun digabung dan ikat,lilit dengan daun serai sebab daun serai ni panjang
Rebus 30 minit
Boleh buat mandi

Heeeheee senang x nak dapat semua daun2 tu???

Untuk memudahkan saya untuk mencapai matlamat ingin lebih cantik selepas jadi mama
saya memilih UNCANG MANDIAN DAUN NI.....


satu uncang 15hinggit....boleh pakai utk 4 kali mandi..........


SET BERPANTANG nona roguy pilihanku.....


Survey yang dah saya buat di kebayakan top forum mengatakan jamu bersalin Nona roguy adalah yang paling bagus.....jadi...set ni dah ada dalam list barang wajib kena beli buat persediaan bersalin nanti.

Salam sejahtera,

Memiliki cahaya mata merupakan saat yang paling indah bagi setiap wanita yang bergelar ibu. Maka lahirnya bayi yang mereka kandung selama 9 bulan 10 hari , bermakna bermula pulalah episod untuk berpantang.

Sepatutnya waktu berpantang ini menjadi saat yang paling di nanti-nantikan kerana ibu-ibu yang baru bersalin dapat memulihkan semula kesihatan tubuh badan mereka.

Bagaimana pun pada hakikatnya .................ramai yang mengeluh kerana mereka terpaksa mengalami berbagai kesukaran .

Antara kesukaran yang sering di alami ialah :

1.Terpaksa membancuh dan meneguk jamu yang pahit.

2.Selalu sembelit dan tidak lawas walaupun mengambil jamu setiap hari.

3.Luka jahitan yang lambat sembuh dan masih terasa ngilu-ngilu.

4.Perut masih buncit dan menggeleber.

5.Sukar untuk memakai bengkung bersalin yang panjang berjela.

Itu belum lagi bab bertungku, berurut dan terpaksa berjaga malam untuk menyusukan bayi.

Kesemua ini membuatkan mereka mengeluh dan kadangkala serik untuk menjalani kaedah berpantang.

Terbukti berkesan untuk menurunkan berat badan.
Set ini melawaskan pembuangan air besar dan menyingkirkan timbunan lemak air yang berlebihan supaya berat anda turun dengan lebih cepat dan teratur.

Ia juga mempercepatkan penyembuhan luka jahitan supaya ibu terhindar dari risiko jangkitan kuman di samping membantu melancar dan memperbanyakkan pengeluaran susu ibu.



Mudah di pakai sewaktu berpantang.
Ubat yang terkandung di dalam set bersalin NR ini adalah dalam bentuk yang lebih moden seperti tablet, pek uncang dan juga krim supaya mudah di gunakan sewaktu bersalin dan boleh di sediakan sendiri.



Hanya menggunakan herba yang berkualiti.
Mutu dan khasiat herba di saring dengan proses pengilangan yang ketat supaya ibu yang baru bersalin dapat pemulihan secara total.



Selamat di makan.
Set Bersalin NR ini juga di luluskan oleh Kementerian Kesihatan. Ini supaya kesihatan ibu yang baru bersalin adalah terjamin dari sebarang kesan sampingan yang memudaratkan ibu dan bayi.


Set Bersalin yang lengkap.
Set Bersalin NR lengkap dengan rawatan luaran dan dalaman supaya anda tak perlu pening kepala memikirkan apa barang yang patut anda ada semasa berpantang.



Barangan penjagaan yang bersifat dwi-fungsi.
Tidak seperti set bersalin yang lain, barangan yang terdapat di dalam set bersalin NR adalah pelbagai guna . Contohnya Minyak Herbanika boleh di gunakan sebagai minyak urut, pengganti pilis,ubat luka dan penyegar kepala dari rasa pening.