Followers

Tuesday, October 4, 2016

D' River Side Janda Baik Pahang

Selalu saja bila ada cuti extra a.k.a public holiday yang jatuh pada hari Isnin macam -macam aktiviti kami rancang agar puteri kecil tak kepuasan almaklum puteri tunggal....mama tak tau la bila nak bagi adik....kita serahkan segalanya kepada yang maha esa sebagai penentu ya.....
Mama merancang nak ambil beberapa anak angkat lelaki dan perempuan yang lebih dewasa dari Hana.....Insyaallah mama hanya merancang Allah jua la penentunya.....
Kali ni saya nak share pengalaman kami di Janda baik pahangdah hampir 3 bulan baru nak update.....not in the mood nak buka blog.....bila laptop hubby dah bawa format barulah rajin nak aktif menulis di blog ni semula......

bermula perjalanan ke Janda baik kami gerak sekitar 10 pagi keluar dari rumah ok..........diulangi keluar dari rumah 10 pg...lepas tu singgah giant beli barang dan bahan untuk BBQ....ayam daging ikan jagung.....sosej...gitulerrrrrrr last time planning

Semalam...mama dah pack dah sudu, garfu, cawan, pisau, termos, kopi, gula, kole stainless steel untuk masak air, air bersih, tisu, biskut, bukan itu sahaja, bantal selimut, toto, ridsect, balm halau insect, minyak angin, ubat sakit perut ayah, ubat tahan sakit, incase kalau mama sakit perut macam dulu.....

Sebelum tu of course la mama dah servey dgn uncle google tentang janda baik ada beberapa blog story pasal janda baik ni....so selain dari blog mama hana ni banyak dah blogger tegar dah share pengalaman depa bercuti di janda baik ni....siap dah claim second hometown depa dah......actually kebanyakan pengunjung tegar ke sini adalah org dr Kuala Lumpur, Shah Alam, dan sekitarnya...bukan apa dekat sgt wei.....dan rata2 bagi alasan nak lari dari stress Kesesakan dan hingar bingar ibu kota mencari kedamaian hutan semula jadi yang ada sungai jernih, dan kehijauan alam semulajadi, dan kalau bernasib baik ada buah-buahan tempatan juga......

Kami sampai lebih kurang 2.30 petang...lepas round2 sekeliling janda baik untuk cari chalet macam yang diceritakan oleh blogger2 akhirnya jumpa la D,river site chalet neh.........huh banyak rupanya chalet yg menggunakan nama river side.........

macam biasa bila ada mood sambung dah basi citer ni....
cuma nak habaq kat hang pa....nasi lemak dengan pulut manis makcik dekat jambatan di simpang depan tu sedap.......sedap sangat memang kena bangkit subuh2 baru dapat makan......kalau tak habis dah......

Friday, September 30, 2016

The Power Of DOA

PUAS berdoa, tetapi seakan tidak diterima. Pastinya ramai dalam kalangan kita pernah mengalami situasi tersebut, sehingga kadang kala membuatkan kita putus asa dan mengalah untuk terus berdoa kerana merasakannya sebagai perbuatan sia-sia.
Namun ramai yang tidak menyedari, hakikatnya pengasas pusat pengajian Bahasa Arab dan al-Quran, Institut Bayyinah, Nouman Ali Khan berkata, Allah SWT tidak pernah mengabaikan setiap doa hamba-Nya, sebaliknya sentiasa menunggu permintaan seluruh manusia.

Tambah pendakwah terkemuka antarabangsa itu, sebagaimana firman Allah SWT bermaksud:

“Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepadamu (Rasulullah SAW) tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang-orang yang berdoa kepada-Ku.” (al-Baqarah: 186).
And when My slaves ask you (O Muhammad SAW) concerning Me, then (answer them), I am indeed near (to them by My Knowledge). I respond to the invocations of the supplicant when he calls on Me (without any mediator or intercessor). So let them obey Me and believe in Me, so that they may be led aright.

Menerusi ayat ini (di atas), Allah menggunakan kalimah Ujibu bukannya Astajibu. Ini kerana Astajibu bermaksud Allah akan memperkenankan doa pada masa yang ditentukan, sebaliknya Ujibu ialah Allah akan memperkenan serta merta ketika doa itu dipanjatkan.

Ayat ini jelas memberitahu kita bahawa Allah sedang menunggu kita selaku hamba untuk meminta dan berdoa kepada-Nya. Allah juga mengatakan, tidak kira pada bila masa sekalipun, sesungguhnya Allah akan menjawab dan mendengar permohonan kita untuk dimakbulkan,” katanya.
Berasal dari Pakistan, Nouman mendapat pendidikan awal dalam Bahasa Arab di Riyadh, Arab Saudi sebelum melanjutkan pengajian agama Islam di negara kelahirannya. Meneruskan minatnya dalam bahasa Arab, beliau mendalami ilmu tersebut bersama pengasas Qiran College, Faisalabad, Pakistan, Dr. Abdus Samie.

Sama ada dalam al-Quran atau hadis, Allah tidak pernah mengatakan dalam mana-mana firman-Nya bahawa Allah hanya menjawab atau menerima doa orang tertentu seperti orang salih, rajin beribadah, berilmu atau baik-baik sahaja. Malah, Allah tidak pernah memberi syarat apa pun untuk memohon doa kepadanya.

“Sebaliknya, walaupun doa itu kita panjatkan secara tidak sengaja, Allah mengetahui dan tidak pernah mengabaikannya. Sehinggakan kadangkala kita yang tidak menyedari doa itu telah pun diperkenankan Allah.

“Inilah juga peluang yang perlu digunakan bagi pelaku dosa untuk bertaubat, kerana pintu keampunan sentiasa dibuka seluas-luasnya. Tetapi, hanya satu iaitu keikhlasan pemohon itu sahaja diperlukan,” jelasnya.
Bagaimanapun tambah Nouman, umat Islam perlu menyedari hakikat yang tersirat dan bersikap reda dengan ketetapan Allah jika doa tidak termakbul.

“Kadangkala kita merasakan doa seperti tidak diterima Allah. Ketahuilah, sesungguhnya Allah sengaja menangguhkan atau mengubah permintaan itu kepada pemberian lain yang lebih bermakna, kerana sebaik-baik perancangan adalah daripada Allah.

“Allah juga mengenali setiap hamba-Nya, lebih daripada kita mengenali diri sendiri. Oleh itu, jangan sesekali kita merasakan putus asa dengan kurniaan Allah kerana kita tidak tahu apa perancangan Allah. Jika kita yakin, pasti pertolongan Allah akan datang serta merta,” ujarnya