Followers

Monday, November 5, 2012

Petua: Nak betulkan kedudukan baby yg songsang


*Masa nk solat tu digalakkan utk sujud lama sket... Posisi seakan2 dalam keadaan sujud untuk 5min, dan kemudiannya rebahkan badan kesebelah kanan atau kiri bergantung pada kedudukan badan baby dan baringlah selama 20-30min...
Kalau badan baby disebelah kanan; rebahkan diri kesebelah kiri dan sebaliknya.....
Wt seperti merangkak... tp jangan merangkak ke depan... Wt la dlm 5 saat, dlm 2-3 kali.
or masa buat sujud lama n merangkak or bila2 masa..
*baca ayat 74 dari surah Al-Hijr yg bermaksud : 'maka kami jadikan bahagian atas kota itu terbalik ke bawah'
*ambil segelas air kosong, bacakan surah al-Insyirah sebanyak 3 kali dan hembuskan ke dlm air. Ambil air yg dh dibacakan dgn surah tersebut dan usap di perut sebanyak 3 kali atau 7 kali mengikut lawan pusingan jam beserta selawat ke atas Nabi s.a.w... Lebihan air boleh lah diminum... Lebih mustajab, jika suami juga turut lakukan perkara yg sama...
*Amalkan juga membaca surah al-Insyirah sebanyak 10 kali selepas solat fardhu beserta doa, moga Allah permudahkan kelahiran anak yang kita kandungkan...
*Letak pek ais kt atas perut. Tujuannya supaya baby rasa tak selesa atau sejuk kt kepala dia. Jadi dia akan mengubah kedudukan dan berpusing ke bawah.
*Cuba bermain dgn touch light. Ambil touch light dan suluh kt bawah pusat. Tujuannya supaya baby bergerak ke arah cahaya.
*Rajin2 bercakap dan pujuk baby supaya berpusing dan duduk dikedudukan yg betol.
*Banyak2kan berdoa, baca al-Quran dan wt solat hajat supaya ALLAH membantu kita. InsyaALLAH... kita kena yakin dan ikhlas.

Amalan Supaya Uri Berada Pada Kedudukan Yang Betul

Friday, November 2, 2012

Friday, October 19, 2012

renungan

copy dari:-



Kata pujangga, hidup dimulakan dengan tangisan, dicelahi oleh tangisan dan diakhiri oleh tangisan. Maksudnya hidup ini penuh dengan masalah, kesukaran dan kepahitan. Lihatlah betapa seorang bayi dilahirkan ke dunia dengan tangisan, apabila dewasa nanti hidupnya akan dicelahi oleh tangisan dan akhirnya dia akan mati lalu dihantar ke kubur dengan tangisan juga.

Mereka yang pesimis dengan hidup sering mengatakan bahawa hidup hanyalah untuk menyelesaikan masalah (life is to solve problems). Sebaik selesai satu masalah, masalah baru akan menjelma. Tidak lebih daripada itu. Malah ada yang lebih pesimis lagi dengan mengatakan hidup hanyalah untuk menderita!

Itu bukan sikap seorang muslim. Jika kita mengutuk hidup bererti kita mengutuk Penciptanya (Allah). Sedangkan Allah tidak menjadikan hidup ini untuk menderita. Maha Suci Allah, Dia Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Hakikatnya, kita diciptakan untuk menikmatinya dan kemudian pulang ke akhirat untuk merasai kenikmatan yang abadi. Tetapi kita mesti berjuang untuk itu. Jadi, hidup sebenarnya untuk berjuang, bukan untuk menderita. Berjuang untuk menikmati kebahagian yang sementara demi mencapai kebahagian yang abadi!

Hidup di dunia ini penting kerana adanya akhirat. Justeru, kita mesti memanfaatkan kehidupan di dunia sebagai jambatan kebahagiaan akhirat. Hukama ada berpesan, dunia diciptakan untuk manusia, manusia dicipta untuk akhirat. Soalnya, bagaimana memanfaatkan kehidupan dunia ini untuk akhirat? Apakah yang perlu kita cari dan perjuangan dalam kehidupan yang sementara ini?

Dalam hidup yang sementara ini kita dituntut mencari hati yang sejahtera (qalbun salim). Inilah kualiti hidup yang perlu dicari dan dinikmati. Dan ini jugalah 'syurga dunia' sebelum syurga akhirat. Malangnya ramai yang pentingkan kuantiti harta berbanding kualiti jiwa. Siang malam, manusia bertungkus-lumus menumpuk harta tanpa memperdulikan kesucian jiwa. Rumah semakin besar tetapi jiwa semakin sempit. Harta semakin melimpah tetapi hati semakin sakit.

Kualiti jiwa yang rendah menyebabkan timbulnya sifat mazmumah. Ini akan menimbulkan masalah kepada pemiliknya dan orang lain. Sifat marah, dendam, sombong, iri hati, hasad dengki dan sebagainya membunuh ketenangan dalam diri. Ini menyebabkan penyakit-penyakit lahiriah seperti darah tinggi, lemah jantung, ulser, kanser, diabetes dan lain-lain. Hubungan antara kesihatan hati (psikologi) dengan fisiologi ini telah lama diakui oleh pakar-pakar perubatan.

Tanpa ketenangan tidak ada gunanya kesenangan. Harta, wang, kuasa dan pangkat tidak boleh ditukar ganti dengan ketenangan jiwa. Sebaliknya kekurangan harta, rendahnya jawatan atau pangkat, dapat ditampung oleh ketenangan jiwa.

Orang miskin yang sabar masih boleh menikmati kehidupan yang tidak boleh dinikmati oleh orang kaya yang ego. Sebaliknya, tanpa sifat qanaah, sihartawan sekalipun akan terus tersiksa oleh kemiskinan jiwanya. Itulah yang dimaksudkan oleh Rasulullah saw melalui sabdanya bahawa kaya sebenar ialah kayanya jiwa.

Ada enam perkara yang sangat penting dan kritikal dalam kehidupan manusia. Jika keenam-enam perkara itu stabil maka stabillah seluruh kehidupan. Perkara-perkara itu adalah kesihatan, kewangan, kerjaya, ilmu pengetahuan, perhubungan dan kekeluargaan. Jika semua perkara itu dapat dicapai dan berada dalam keadaan stabil, maka kehidupan juga akan stabil.

Sungguhpun begitu, dalam realiti kehidupan adalah sangat sukar untuk mencapai kestabilan dalam semua perkara itu. Jarang benar ada orang yang dapat mencapai semuanya. Ada yang kaya tetapi kesihatan terganggu. Ada pula kesihatannya baik tetapi ada masalah dengan perhubungan sesama anggota masyarakat.

Begitulah lumrah dunia, tidak ada seorang manusia pun yang memiliki segala-galanya. Jika demikian, apakah jalan keluar kita untuk mencapai kestabilan dalam hidup? Jawabnya, kuatkanlah iman. Ini kerana iman akan dapat menampung kekurangan dalam perkara-perkara yang lain. Jika seorang itu miskin, sakit, berpangkat rendah dan lain-lain kekurangan maka iman akan menampung kekurangan-kekurangan itu dengan sifat sabar, redha, qanaah, lapang dada dan tawakal.

Namun, tanpa iman segala kelebihan yang dimiliki akan tidak berguna. Tanpa iman, sikaya akan tamak dan tidak akan merasa cukup dengan kekayaannya, yang berkuasa akan menindas dan menzalimi, yang sihat akan lupa diri dan membuat kejahatan, yang banyak ilmu akan angkuh dan menghina orang lain.

Semua ini akan mengundang kebencian, ketidak puas hatian, kemarahan, kedengkian sesama manusia yang akhirnya akan menimbulkan krisis antara yang simiskin dengan yang sikaya, yang berkuasa dengan rakyat jelata, buruh dengan majikan dan lain-lain. Tegasnya, kualiti jiwa yang rendah (tanpa iman) itulah yang mencetuskan kemusnahan dalam hidup manusia. Dan untuk mengatasinya, tidak ada jalan lain kecuali dengan meningkatkan kualiti hati!

Mengapa soal hati sangat penting? Hati adalah kuasa penggerak di dalam diri manusia. Jika hati dikuasai kebenaran, nescaya ia menjana kebaikan. Sebaliknya jika hati dipenuhi kebatilan, ia akan melahirkan kejahatan. Hati yang dipenuhi kebaikan dan kebenaran adalah hati yang berkualiti. Ia mampu menghadapi apa juga cabaran atau masalah dalam hidup. Manakala hati yang dikuasai kejahatan dan kebatilan, adalah hati yang lemah. Ia akan goyah menghadapi masalah dan cabaran dalam hidup.

Bila hati tidak berkualiti, segala yang dilihat, difikir, dirasa dan dibuat serba tidak kena dan tidak puas. Yang kaya, berkuasa dan ternama akan terus memburu kekayaan, keseronokan dan hiburan sehingga sanggup menempuh jalan yang salah untuk mencapai maksud yang tidak pernah puas. Mereka ini umpama meminum air laut, makin diminum semakin haus. Atau memburu fata morgana – bahang yang sangat panas disangka air.

Zikrullah hakikatnya bukan sekadar menyebut atau menuturkan kalimah. Ada bezanya antara berzikir dengan "membaca" kalimah zikir. Zikir yang berkesan melibatkan tiga dimensi – dimensi lidah (qauli), hati (qalbi) dan perlakuan (fikli). Mari kita lihat lebih dekat bagaimana ketiga-tiga dimensi zikir ini diaplikasikan.

Thursday, October 18, 2012

pembekal dan penternak kambing di kawasan pahang

Assalamua'alaikum Wrmbth,

Berikut adalah senarai pembekal dan penternak kambing di kawasan pahang bagi pelbagai kegunaan (aqiqah,akikah dan korban). Mari tingkatkan dan semarakkan industri kambing dikalangan orang islam.

Kambing Jamnapari (Aqiqah dan Korban) Pahang- Hakim di talian 013-723 0729.
Jual Kandang Kambing beserta kambing sekali, KUANTAN dan PEKAN pahang- Nazri 019-2363099
Lembu untuk Aqiqah dan Korban - Balok Kuantan pahang, Anuar- 0179417183
Kambing bunting - Raub Pahang - Alsaipuddin :
Akikah dan Korban negeri pahang (khidmat masak kari disediakan) Azman Hj Zit 016-9512992
Kambing Golek Pahang - Azian 017-7894542
Kaligrafi Kulit Kambing pahang- 014-5295122/019-5323966
Induk Kambing Betina -Pekan Awah Temerloh pahang Zaid 016-9228224
Lembu Korban dan Akiqah Pahang - Azman 010-9292882
Kambing Kampung -Bera Pahang M.khairil (0179094310)
Kambing golek @ panggang - Bentong, Temerloh, Raub, Jerantut pahang -hubungi Zainal 017-9301611
Jamnapari & Boer - Kuantan Eddy:
Katering Aqiqah Kenduri dan sebagainya- Kuantan Kak Pah 0179098782
Kambing Boer Full blood Kuantan- Boer 0126427846
Kambing Aqiqah Korban Kuantan ZAMAN 0169368678


Read more: http://kambinghalal.blogspot.com/2011/10/ternakan-kambing-pahang.html#ixzz29ilUggJ2

Syair Siti Fatimah (majlis aqiqah cuku jambul......)

Syair Siti Fatimah
Syair ini mengisahkan dari detik bayi berada dalam kandungan, kesusahan ibu mengandung selama sembilan bulan, kepayahan ibu melahirkan seterusnya mengisahkan belai kasih ibu mengasuh bayi dari kecil hingga dewasa. Di samping itu syair ini mengandungi kata-kata nasihat kepada si anak terutarna agar tidak rnelupakan jasa kedua ibu dan bapa. Lirik dendangan Syair Siti Fatirnah yang sering diperdengarkan adalah seperti berikut :

Jawab :
Zaman-zaman ya Rasullullah
Zaman Nabi tanah Mekah
Wafat Nabi di Madinah
Meninggalkan anak Siti Fatimah.

Syair :
Bismillah itu mula pertama
Keadaan zat bersama-sama
Dizahirkan sifat tentukan asma
Qidam dan baqa sedialah lama.

Asal daripada Nabi Allah
Asal nawahi Nur Khatam
Dipecah empat akhir qidam
Dipecahnya itu sekalian alam

Rahim bapamu turun ibumu
Empat puluh hari Nadqah namamu
Lapan puluh hari Nadqah namamu
Seratus dua puluh hari Madqah namamu.

Dikandung ibumu sembilan bulan
Lebih dan kurang tiada ditentukan
Beberapa azab kesakitan
Dipantang pula minum dan makan.

Apabila ibumu perutnya sarat
Hendak berjalan tiadalah larat
Hatinya itu terlalu gelorat
Bapamu pantang terlalu berat.

Bapamu itu kerasnya pantang
Siang dan malam pagi dan petang
Tiada berani membunuh binatang
Takut akhirnya cederanya datang.

Alib :
Hassan Hussin anak cucu Rasulullah
Mati Hassan tinggal Hussin
Mati perang Sabilillah.

Syair :
Apabila sudah cukupnya hari
Sakitlah ibumu tiada terperi
Bapamu pun turun berlari-lari
Memanggil bidan bawa ke mari.

Bidan pun datang tiadalah lambat
Serta membawa kelengkapan ubat
Dilihatnya penuh saudara sahabat
Bidan pun naik bertempuh rapat.

Sakit ibumu tiada terkira
Berhimpunlah sanak saudara
Sangatlah ramai tiada terkira
Sekeliannya itu duduk berjaga.

Perutnya sakit bagai nak pecah
Bukannya kurang makin bertambah
Dipanggil bapamu disuruhnya langkah
Dipintanya ampun barang yang salah.

Alib :
Adam Siti Hawa datuk nenek moyang kita
Wafat di Judah di luar kota
Panjang kuburnya 40 hasta
Batu nisannya berjajar tiga.

Apabila engkau sudah jatuh ke lantai
Bidan datang segera dicapai
Dibasuh dicuci semua selesai
Diambil kain diberi pakai.

Kenanglah olehmu Awang oan Dayang
pada ibu bapamu hendaklah sayang
Sakitnya badan hangat berdiang
Hangat serta malam dan siang.

Ibumu berdiang tiada berhenti
Hidupnya pun serasa mati
Terlalu gundah di dalam hati
Antara anak lepas 44 hari.

Waktu ibumu di atas gerai
Air matanya jatuh berderai
Wahai anakku emas berurai
Dengan ibumu jangan bercerai.

Beranakkan engkau sudahlah tentu
Diletak dalam talam yang satu
Bapanya rendam gula batu
Diberi hisap ganti susu.

Di antara anak lepas 44 hari
Pusat engkau luruh sendiri
Dipotong rambut buat kenduri
Haji dan Lebai dipanggil ke mari.

Ayuhai anak paras gemilang
Pada ibumu banyaklah sayang
Dipeliharanya engkau bukannya senang
Tidur tak lena makan tak kenyang.

Memelihara engkau terlalu sudah
Tidur tidak pernah merasa mudah
Kiri kanan habis basah
Berlumur kencing dengan muntah.

Dijaga engkau tidak terperikan
Engkau diletak di atas ribaan
Tatkala menangis dipujukkan
Segala makanan tiada tertelan.

Alib :
Adam Siti Hawa
Datuk nenek moyang kita
Mati di Judah di luar kota
Berapa panjang kuburnya 40 hasta.

Syair :
Ibumu itu penat terlalu
Digantang tirai serta kelambu
Serta pula dipasang tuntu
Tak diberi nyamuk hampir padamu.

Ibu bapamu miskin terhutang
Kain sehelai haram di pinggang
Kain pun basah anak dipegang
Tarik ke atas di bawah renggang.

Susahnya ayah bukan sedikit
Disuluh nyamuk tak diberi gigit
Bila menangis bunyi sedikit
Daripada tidur segera bangkit.

Diangkat di diri dialah lali
Ayuhai anakku emas gemala
Diminta doa kepada Allah Taala
Supaya jangan mendapat cela
Ayuhai anakku emas rupawan
Tidurlah anak atas pangkuan
Ibu berdoa ke hadrat Tuhan
Jangan terkena penyakit sawan.

Jika ibu bapamu orang miskin
Tiada sampai dua helai kain
Biar jimat dia dipakai
Ditampung dihubung dibuat lampin.

Dengarlah anak yang berbahagia
Sampai umurmu muda belia
Baik tingkah kelakuan kaya
Dipuji orang akannya kita.

Kepada ibu bapa jangan dilawan
Sangat dimurka olehnya Tuhan
Ke dalam neraka dimasukkan
Azabnya tidak terperikan.

Jika disuruh engkau mengaji
Membaca Quran jangan dibenci
Supaya dapat makam terpuji
Sama ada perempuan atau lelaki.

Janganlah takut pergi mengaji
Di Padang Mahsyar tiadalah rugi
Buang olehmu fiil yang keji
Supaya terang hati mengaji

Sembahyanglah anak jangan berhenti
Dari hidup sampai ke mati
Di Padang Mahsyar diguna nanti
Di sanalah ayah bonda menanti

Sembahyang itu jangan dielak
Siang dan malam janganlah tidak
Serta mengaji janganlah tidak
Itulah tuntutan sangat dikehendak.

Janganlah tuan mengikut nafsu
Berkehendakkan intan permata batu
Minta jauh sekeliannya itu
Kepada Allah juga yang tentu.

Jika kita pergi mengaji
Kepada lebai ataupun haji
Kita ikutlah bersungguh hati
Jangan diumpat atau dikeji.

Ayuhai anakku muda bestari
Jangan bermain sehari-hari
Banyaklah ilmu engkau pelajari
Supaya senang kemudian hari.

Janganlah tuan segan dan silu
Pergilah mengaji kepada guru
Ikutlah tuan katanya itu
Jangan dibuat barang tak tentu.

Jika kita pandai mengaji
Ibu dan bapa bersuka hati
Kasihan ia tidak terperi
Ialah sangat berkehendak di hati.

Habislah nasihat tamat kalam
Dendang Fatimah ampun dalam salam
Salah silapnya tersebut kelam
Jangan simpan hati di dalam.

Sumber: http://zonfiniti.blogspot.com/2010/08/syair-siti-fatimah.html#ixzz29iULzgy3
Sila baca lagi di http://zonfiniti.blogspot.com

Monday, July 16, 2012

Gambar Bekas Isteri Redza Syah (Suami Irma Hasmie) TersebarX




x baik betul manusia yang mendedahkan hal ini........................
semoga Allah menunjukkan jalan yang lurus buat mereka.....

Sunday, July 15, 2012

Jom Buat...Tutorial Barut Bayi

Salam all,

ni nak share sikit ...
Cara membuat barut baby

1) Bahan yang digunakan hanyalah kain putih cotton dari jenis yang lembut sikit. Ada juga yang suka gunakan kain flannel yang bercorak².. ni aku ada jumpa kat nagoya.. tapi disebabkan aku jenis yang anggap putih paling sesuai untuk bby aku pon pilih kain cotton ni.. jenis yang biasa untuk buat bju sekolah tu macam agak nipis so aku pilih yang mahal sikit.. Selain tu, aku beli tali putih yang dah siap tuh.. dalam gambar tuh nampak ler.. aku beli kat tesco.. satu gulung dah cukup ler..

2) Mula² potong kain mengikut saiz di bawah. lebihkan sikit untuk jahitan. Garisan di tengah tu ada lipatan. Maknanya barut tu nanti dua lapisan kain ler..

(sekiranya bby anda dijangkakan besar ->3kg, tambahkan lebar kain jadi 18')
3) Kemudian gunakan ukuran di bawah. Buat satu garisan semi bulatan dan potong mengikut bentuk yang sesuai. Kenapa bahagian ini dibentuk sedemikian rupa adalah untuk memberi ruang pada bahagian punggung bayi untuk mengelakkan terlalu panjang pada bahagian belakang yang boleh menyebabkan terkena najis.


4) Sekiranya dibuka, kain yang telah digunting akan berbentuk seperti di bawah.


5) Untuk tali barut, potong tali siap di kedai mengikut kepanjangan di bawah. Gunakan 6 untuk setiap barut.

(kalau suka nak ikan reben, panjangkan jadi 12')
6) Pada bahagian luar, jahit tali mengikut ukuran yang diberikan seperti di bawah. Jahit hanya pada satu bahagian kain. Ini untuk mengelakkan jahitan terkena kulit bayi yang sensitif.

7) Terbalikkan kain dan dari bahagian dalam, jahit bahagian tepi barut seperti garisan merah kecuali satu bahgian untuk menterbalikkan kain.

8) Terbalikkan kain dan iron untuk memberi kekemasan sebelum menjahit satu lagi bahagian yang terbuka dari luar. Lengkaplah proses membuat barut.

9) Basuh dengan cecair pencuci yang sesuai sebelum dipakaiankan kepada bayi anda.

Mandi Daun Semasa Pantang


Khasiat mandi daun
Memulihkan tenaga ibu bersalin yang hilang
Membaik pulih rahim dan luka dalaman
Lepas direbus,boleh minum,kerana menyerap dalam salur darah dll
Membanyakkan air susu
Menghilangkan kurap kayap,kecantikan kulit
Bila nak mandi?
Hari-hari mandi sampai abes pantang 44 hari

Daun apa nak guna?

(Daun segar baru petik,aroma keluar tu terasa kesegarannya)
Daun sireh
Daun lengkuas
Daun pandan wangi
kiraan ganjil 3 5 7 ubat
Daun jerangau gulai?? (erk, x faham daun apa,bunyinya lebih kurang itu la kott)
Daun belimbing buluh
Daun jambu batu
Daun pedulang?? (ni pun sama.. lebih kurang la bunyinya,kalau salah tolong betulkan ye)
Daun Seringan badan jadi ringan
Daun serai wangi
Cara buat mandian:
Semua daun digabung dan ikat,lilit dengan daun serai sebab daun serai ni panjang
Rebus 30 minit
Boleh buat mandi

Heeeheee senang x nak dapat semua daun2 tu???

Untuk memudahkan saya untuk mencapai matlamat ingin lebih cantik selepas jadi mama
saya memilih UNCANG MANDIAN DAUN NI.....


satu uncang 15hinggit....boleh pakai utk 4 kali mandi..........


SET BERPANTANG nona roguy pilihanku.....


Survey yang dah saya buat di kebayakan top forum mengatakan jamu bersalin Nona roguy adalah yang paling bagus.....jadi...set ni dah ada dalam list barang wajib kena beli buat persediaan bersalin nanti.

Salam sejahtera,

Memiliki cahaya mata merupakan saat yang paling indah bagi setiap wanita yang bergelar ibu. Maka lahirnya bayi yang mereka kandung selama 9 bulan 10 hari , bermakna bermula pulalah episod untuk berpantang.

Sepatutnya waktu berpantang ini menjadi saat yang paling di nanti-nantikan kerana ibu-ibu yang baru bersalin dapat memulihkan semula kesihatan tubuh badan mereka.

Bagaimana pun pada hakikatnya .................ramai yang mengeluh kerana mereka terpaksa mengalami berbagai kesukaran .

Antara kesukaran yang sering di alami ialah :

1.Terpaksa membancuh dan meneguk jamu yang pahit.

2.Selalu sembelit dan tidak lawas walaupun mengambil jamu setiap hari.

3.Luka jahitan yang lambat sembuh dan masih terasa ngilu-ngilu.

4.Perut masih buncit dan menggeleber.

5.Sukar untuk memakai bengkung bersalin yang panjang berjela.

Itu belum lagi bab bertungku, berurut dan terpaksa berjaga malam untuk menyusukan bayi.

Kesemua ini membuatkan mereka mengeluh dan kadangkala serik untuk menjalani kaedah berpantang.

Terbukti berkesan untuk menurunkan berat badan.
Set ini melawaskan pembuangan air besar dan menyingkirkan timbunan lemak air yang berlebihan supaya berat anda turun dengan lebih cepat dan teratur.

Ia juga mempercepatkan penyembuhan luka jahitan supaya ibu terhindar dari risiko jangkitan kuman di samping membantu melancar dan memperbanyakkan pengeluaran susu ibu.



Mudah di pakai sewaktu berpantang.
Ubat yang terkandung di dalam set bersalin NR ini adalah dalam bentuk yang lebih moden seperti tablet, pek uncang dan juga krim supaya mudah di gunakan sewaktu bersalin dan boleh di sediakan sendiri.



Hanya menggunakan herba yang berkualiti.
Mutu dan khasiat herba di saring dengan proses pengilangan yang ketat supaya ibu yang baru bersalin dapat pemulihan secara total.



Selamat di makan.
Set Bersalin NR ini juga di luluskan oleh Kementerian Kesihatan. Ini supaya kesihatan ibu yang baru bersalin adalah terjamin dari sebarang kesan sampingan yang memudaratkan ibu dan bayi.


Set Bersalin yang lengkap.
Set Bersalin NR lengkap dengan rawatan luaran dan dalaman supaya anda tak perlu pening kepala memikirkan apa barang yang patut anda ada semasa berpantang.



Barangan penjagaan yang bersifat dwi-fungsi.
Tidak seperti set bersalin yang lain, barangan yang terdapat di dalam set bersalin NR adalah pelbagai guna . Contohnya Minyak Herbanika boleh di gunakan sebagai minyak urut, pengganti pilis,ubat luka dan penyegar kepala dari rasa pening.

Checklist brg utk baby & ibu dlm pantang

Checklist brg utk baby & ibu dlm pantang

Barang baby:
Baju lengan pendek 5 helai RM10/sehelai
Baju lengan panjang 5 helai RM10/sehelai
Seluar pendek 5 helai RM10/sehelai
Seluar Panjang 5 helai RM10/sehelai
Stokin bayi & Sarung Tangan RM5-8/set
Barut RM5-7
Kain bedung (pakai lampin pn boleh) RM6/sehelai
Napkin( lampin) kain 12 helai RM24/sedozen
Napkin liner RM16/sekotak
Diapers pakai buang (newborn) RM35/50keping
Towel baby RM10/sehelai
tuala kecik RM16/set
Blanket baby RM7/sehelai
Net Nyamuk RM17
Minyak telon / Yuyi RM7/sebotol
Tuam bayi (x jumpa - blh buat sendiri)
Pelapik getah RM12/sekeping
Berus pencuci botol RM8/set
set barangan mandi bayi RM14/set (size kecik)
baby carrier RM60-1k
Nursery bag RM45
Stroller RM200-2k (not priority)
baby pillow & bloster & tilam RM66-120
wet tissue RM 20/set
Safety Pin RM6/set
pacifier/puting(not priority)
thermometer
Laudry Detergent RM12/kotak
Nappy Cream
Besen mandi/ Bath Tub RM30-100
Baby Playpen/Katil Baby RM150-600
Buaian (not priority) RM 100-150
Kain Buai (not priority)
Bouncer (not priority)
Bakul simpan baju baby/Drawer/almari
Laundry basket (senang isi baju2 kotor baby)


Barang Ibu:
Kain batik
Tuala
Stokin
breast pump RM40-1k
nursing bra RM 20-60
nursing pad RM7/sekotak
disposable panties (senang kt hospital)
nursing pillow (not priority)
jejamu, bengkung dsbg (SET BERPANTANG)
NonA Roguy RM365
Biodex RM500 bengkung + tungku
Lessa Confinemum RM350 (bengkung+tungku)
Salindah RM370
Ammy Sendayu Tinggi RM385 (bengkung)
Ibu Halimah RM350 (bengkung)]
Afiat RM80
pad

RM7/20keping
botol/linier/bekas dadih- utk simpan EBM
nipple butter/cream - rm 20- rm 50
nipple shield (not priority)- MAM rm35
techni ice (3keping) - rm30/sheet
buku/Magazine yg best utk hilangkan boring

**********Harga yang di atas hanya average***************


Barang2 nk bwk giHospital

utk mommy:-
bj 1, kain batik 1/ seluar gelebeh (utk kuar wad)
nursing bra, panty, pad, stokin, bengkung, bj panas, getah rambut
deodorant, ubat&berus gigi, termos/tumbler air,
plastic nk isi baju kotor.. makanan, air, biskut, milo

untuk baby:-
pampes, baju, seluar, topi, sarung tgn kaki, minyak telon, hooded blanket, wettissue, lampin, barut, set bedak, losyen

Daddy:-
surat rujukan doctor/buku merah
kad pengenalan anda
kad pengenalan suami anda
surat nikah
duit/credit card

***********************
Cara2 nk buat tuambaby

"Goreng pasir, bawangputih, halba and jintan hitam then bungkus dlm kain.Bungkusantuh besar sikit la dr saiz sup bunjut.Kiranyasesuai la utk baby.Everytimelps mandi, tuam la pakai benda tuh.Kalumalas sgt nak panaskan isi dlm tuh, tonyoh kat iron panas bg benda yg dlm tuhpun panas gak.Tuambaby sampai la habih pantang and still bleh wat gak even lps pantang.Utk adultpun bagus utk buang angin tp wat la bungkusan tu besar bg sesuai nganadult."

Ada apa2 nak tambah???????????Sila-sila..

Semangat Menghadapi Fasa Hamil ini.................

Ahlan Wa Sahlan para pembaca sekalian........

Setelah begitu lama blog ni suram sebab yang empunya alahan melampau jadi malas amat2 sangat sepanjang hamil ni......huh!!! sian hubby daus....uhuk...uhuk....
Walaubagaimanapun sekalung tahniah kepada suami t'cinta sebab sangat cool menjaga wife you ni.........

Biasalah abg.....sebelum hamil senang je abg jaga wife abg ni kan......wife abg ni kan suka tolong abg....jadi masa hamil ni....abg kena ujilah.....
Biasalah kehidupan ini bukan semudah yang kita duga.

Abg memandangkan kita dah ada niat nak buat aqiqah untuk baby kita jadi saya himpunkan semua pengertian aqiqah tu di dalam blog saya yg comel ni....(syok sendiri jap)supaya kita dapat melaksanakan ibadah yang tepat berlandaskan hukum dan sunnah rasullullah s.a.w.

Seperti yang kita impikan...kita nak buat tema lavendar & roses untuk bakal baby kita di Majlis Aqiqah dia nanti...Saya nak buat yang simple & cantik yg saya buat sendiri.... maybe abg boleh sewakan buaian dan sedikit hiasan je...kita boleh b'jimat...

ni bunga telur yang saya akan buat sikit2 mula pada bulan 10 nanti masa tu dah 6 bulan dah kandungan saya.......hehehe


ni pula pilihan design


cantikan.....
tujuannya hanya satu...bukan nak menunjuk2 cuma saya nak foto yang kita ambil nanti cantik dan menjadi kenangan untuk kita....lagipun kita dah lama menunggu baby kita ni kan???

lagipun saya akan buat sikit2 ole2 untuk tetamu....kita buat yg t'jimat mengikut mampu kita dan yang penting saya nak ianya simple dan cantik....
Jadi nanti abg boleh baca update saya kat bawah ni ya.....mmmuahhhh33x


Adab & Doa Aqiqah



Setiap orang tua tentu mendambakan putera dan puteri yang shaleh dan shalehah, berbakti dan mengalirkan kebahagiaan kepada kedua orangnya. Aqiqah Anak adalah salah satu acara penting untuk menanamkan nilai-nilai ruhaniah kepada anak yang masih suci.

Dengan Qurban Akikah diharapkan sang banyi memperoleh kekuatan, kesehatan lahir dan batin. Lahir dan batinnya tumbuh dan berkembang ldengan nilai-nilai Ilahiyah.

Dengan Qurban Akikah juga diharapkan sang bayi kelak menjadi anak yang shaleh dan berbakti kepada kedua orang tuanya. Jika acara ini dilaksanakan dengan tulus-ikhlash dan dijiwai nilai-nilai ruhaninya oleh kedua orang tuanya, tentu akan berpengaruh terhadap perkembangan jiwa dan ruhani sang bayi. Lihat Aqiqah Jakarta dan Akikah Jakarta.

Aqiqah Anak adalah salah satu acara ritual di dalam Islam, yang dilaksanakan pada hari ketujuh dari kelahiran seorang bayi. Akikah Anak hukumnya sunnah muakkad (mendekati wajib), bahkan sebagian ulama menyatakan wajib.

Adab-adab Akikah Anak yang terpenting adalah:

• Paling utama Qurban Akikah dilaksanakan pada hari ketujuh dari kelahiran sang bayi.

• Memberi nama, mencukur rambut kemudian ditimbang dengan emas atau perak sesuai dengan kemampuan orang tuanya, kemudian disedekahkan

• Memotong Kambing Akikah, disunnahkan kambing jantan untuk laki-laki, dan betina untuk perempuan. Sebagian ulama mengatakan: yang paling utama adalah kambing jantan untuk laki-laki juga perempuan.

• Dianjurkan kedua orang tuanya tidak memakan Daging Akikah anaknya, termasuk keluarga dari kedua orang tuanya. Khusus bagi ibunya hukumnya makruh syadid (mendekati haram) makan Daging Akikah anaknya.

• Kaki dan paha binatang aqiqah (Daging Aqiqah) diberikan kepada orang-orang yang membantu dalam melahirkan sang bayi.

• Tulang-tulang binatang aqiqah (Kambing Aqiqah) disunnahkan dibungkus dengan kain putih kemudian dikubur.

• Yang utama undangan pada acara aqiqahan: ulama dan orang-orang yang fakir.
• Membaca doa berikut ini ketika menyembelih binatang aqiqah/Kambing Aqiqah:

بِسْمِ اللهِ وَبِاللهِ، اَللَّهُمَّ عَقِيْقَةٌ عَنْ فُلاَنِ بْنِ فُلاَن لَحْمُهَا بِلَحْمِهِ وَعَظْمُهَا بِعَظْمِهِ، اَللَّهُمَّ اجْعَلْهَا وِقَآءً لآلِ مُحَمَّدٍ عَلَيْهِ وَآلِهِ السَّلاَمُ

Bismillâhi wa billâhi, Allâhumma `aqîqatun `an fulan bin fulan, lahmuhâ bilahmihi wa `azhmuhâ bi`azhmihi. Allâhummaj`alhâ wiqâan liâli Muhammadin `alayhi wa âlihis salâm.

Dengan nama Allah dan dengan Allah, aqiqah ini dari fulan bin fulan, dagingnya dengan dagingnya, tulangnya dengan tulangnya. Ya Allah, jadikan aqiqah ini sebagai tanda kesetiaan kepada keluarga Muhammad saw.

Atau membaca doa berikut ini:
يَا قَوْمِي اِنِّي بَرِيْءٌ مِمَّا تُشْرِكُوْنَ. اِنِّي وَجَّهْتُ وَجْهِيَ لِلَّذِي فَطَرَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ حَنِيْفًا مُسْلِمًا وَمَا اَنَا مِنَ الْمُشْرِكِيْنَ. اِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي للهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. لاَشَرِيْكَ لَهُ وَبِذَالِكَ اُمِرْتُ وَاَنَا مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ. اَللَّهُمَّ مِنْكَ وَلَكَ بِسْمِ اللهِ وَبِاللهِ وَاللهُ اَكْبَرُ. اَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ وَتَقَبَّلْ مِنْ فُلاَنِ بْنِ فُلاَن
Yâ qawmî innî barîum mimmâ tusyrikun. Innî wajjahtu wajhiya lilladzî fatharas samâwâti wal ardha hanîfan musliman wa mâ ana minal musyrikin. inna shalâtî wa nusukî wa mahyâya wa mamâtî lillâhi Rabbil `alamîn. La syarîka lahu wa bidzâlika umirtu wa ana minal muslimîn.
Allâhumma minka wa laka bismillâhi wa billâhi wallâhu akbar. Allâhumma shalli `alâ Muhammadin wa âli Muhammad wa taqabbal min fulan bin fulan.
Wahai kaumku, aku berlepas diri dari apa yang kamu sekutukan. Aku hadapkan wajahku kepada Zat yang menciptakan langit dan bumi karena cenderung kepada kebenaran dan berserah diri kepada-Nya dan aku tidak termasuk kepada orang-orang yang musyrik. Sesungguhnya shalatku dan ibadahku, hidupku dan matiku hanya karena Allah Tuhan semesta alam. Tiada sekutu bagi-Nya dan dengan itu aku diperintahkan dan aku termasuk orang-orang yang muslim. Ya Allah, dari-Mu, karena-Mu, dengan nama-Mu dan dengan-Mu, Allah Maha Besar. Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad, terimalah (aqiqah ini) dari fulan bin fulan.

Sumber: syamsuri149.wordpress.com

HUKUM DAGING AQIQAH


Kemusykilan:
hidangan majlis tu ialah daging kambing akikah, boleh ke daging ibadah akikah tu diberi makan kepada orang kafir? bagaimana pula dengan daging ibadah korban

Jawapan:
Aqiqah disebut dalam hadith :-

” Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala kesakitan (godaan syaitan) ( Riwayat Al-Bukhari)

“Setiap anak perlu dipajakkan (terhutang) dengan aqiqah, disembelih untuknya pada hari ketujuh umurnya, dan diberi nama dan dicukur rambut kepalanya” ( Riwayat Ashabus Sunan )

Aqiqah itu pula dari sudut bahasanya adalah ‘tolakan’, iaitu tolakan dari gangguan dan godaan Syaitan.

Berkenaan beri kepada non muslim, saya dapati tiada dalil mahupun pendapat ulama yang meletakkan syarat bahawa si penerima adalah orang Islam sahaja. Justeru…wallahu a’lam.. saya kira ianya adalah harus.

Cuma sudah tentu yang lebih baik adalah penerima dari kalangan orang Islam kerana diharapkan adalah sipenerima memahami lalu mendoakan si kanak-kanak tadi apabila menerima hidangan hasil aqiqah itu. Jika beri pada bukan Islam, manalah mereka faham aqiqiah tu apa ..

Falsafah ‘aqiqah adalah sebagai tanda kesyukuran bagi anugerah cahaya mata yang dikurniakan oleh Allah SWT. Justeru ia lebih baik di kongsi sesama Islam. Ini kerana ia juga seumpama satu peringatan kpd yg lain untuk beraqiqah juga untuk anak mereka (jika belum). Non-Muslim tiada peruntukan aqiqah..

Sebagai tambahan info ; Kebanyakkan ulama menggalakkan daging dari hasil sembelihan itu dimasak terlebih dahulu sebelum di edarkan kepada faqir miskin, jiran tetangga walaupun mereka kaya.

Bagaimanapun, menurut satu pandangan :-

” Daging aqiqah dan korban haram diberi kepada bukan Islam kerana korban dan aqiqah merupakan amal ibadah kepada Allah. Ia bertujuan untuk bertaqarrub kepada Allah. Ini ada disebut dalam Fatwa Syeikh Ahmad al Fatthani.

Tapi kalau bukan Islam nak beli satu bahagian daripada daging lembu itu untuk kegunaan peribadi, bukannya utk korban, maka harus hukumnya menurut Syeikh Daud al fatthani dalam Furu’ul masaa’il. “

Komen saya :

Ada benarnya, ini salah satu ijtihad yang sangat boleh dipegang. Bagaimanapun, ia tidak qat’ie dan ia masih dalam kategori perkara furu’/cabang.

Jika hujjah utama oleh beberapa ulama terulung tempatan di atas adalah “ia hal taqarrub”..maka anda boleh berhujjah bahawa hal taqarrub itu adalah terhenti di ketika niatnya, sembelihan dan hidangan dibuat..adapun hal ehwal mengedarkannya tidak lagi termasuk dalam hal yang menjadi syarat kepada taqarrub itu. Ia lebih kepada hal kemasyaratan sahaja.

Seperti solat.. ia adalah hal taqarrub kpd Allah..maka ada rukun dan syaratnya untuk memenuhi taqarrub yang disasarakan demikian juga solat di tempat yang suci adalah syarat sah utk taqarrub solat ini, tapi samada sejadah itu dibeli dari kedai non muslim atau tidak.. maka ia tidak memberi kesan kpd ibadah solat…ia cuma kurang digalakkan sahaja.

Dan mengedarkannya daging aqiqah kpd muslim sahaja, bukanlah menjadi syarat sah aqiqah dalam semua mazhab (kecuali jika saya tersilap, iaitu ada mazhab yg menajdikannya syarat sah aqiqah).

Malah jika seseorang bersedeqah kepada seorang bukan Islam di ditemuinya di keadaan yang amat memerlukan. Adakah tiada pahala baginya Ini tidak benar sama sekali, derma dan kebaikan yang dilakukan oleh Umat Islam adalah bersifat ‘taqarrub’ kepada Allah, dan ia pasti diterima walaupun penerima bantuan itu seorang kafir. Cuma, jika ada dua peminta antara Muslim dan kafir, sudah tentu lebih besar pahalanya diberikan kepada si Muslim. Bagaimanapun, ia tidak menjadikan hukum HARAM untuk diberi kepada si bukan Islam.

Fadhilat Qurban Dan Aqiqah





Kedua-dua ibadah ini adalah antara amalan mulia dan penting dalam Islam kerana amat besar fadhilatnya, tetapi malangnya masih ramai orang yang samar-samar atau kabur kefahaman menerka mengenainya, sehinggakan ada yang memandang ringan walaupun mempunyai kemampuan tetapi tidak mahu melakukan penyembelihan qorban dan aqiqah ini. Semoga dengan penjelasan yang serba sedikit ini dapat membantu kefahaman kita semua tentang ibadat Qurban serta Aqiqah serta keinginan untuk sama-sama mencari pahala kedua ibadah ini akan meningkat.

Apakah sebenarnya qurban dan aqiqah itu? Apakah hukum melakukannya? Berapa kali kita dituntut melakukan qurban sepanjang hayat kita? Apakah syarat-syarat binatang yang dikorbankan? Apakah perbezaan antara qurban dan aqiqah? Bolehkah seekor lembu dikongsi sebahagian untuk qurban dan sebahaian untuk aqiqah? Apakah hikmah atau faedah yang bakal diperolehi kerana melakukan kedua-dua ibadah itu?

Demikianlah antara masalah yang akan cuba kita kupas serta perjelaskan dibahagian ini dan disamping itu akan dijelaskan beberapa perkara berkaitan dengan ibadah kurban dan aqiqah, semoga memberi kefahaman yang jelas hingga kita dapat menghayatinya dengan penuh keimanan kerana menjunjung perintah Allah s.w.t. dan mendapat fadhilat daripada amalan yang akan kita lakukan ini.

PENYEMBELIHAN QURBAN


Qurban ialah penyembelihan binatang qurban yang dilakukan pada Hari Raya Haji (selepas solat 'Idil Adhha) dan hari-hari Tasyriq iaitu ,11,12 dan 13 Zulhijjah kerana beribadah kepada Allah s.w.t. , iaitu sebagai menghidupkan syariat Nabi Allah Ibrahim a.s. yang kemudiannya disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan telah Kami jadikan unta-unta itu sebahagian daripada syi'ar Allah, kamu memperolehi kebaikan yang banyak daripadanya, maka sebutlah nama Allah ketika kamu menyembelihnya dalam keadaan berdiri (dan telah diikat). Kemudian apabila telah roboh (mati), maka makanlah sebahagiannya dan beri makanlah orang yang rela dengan apa yang ada padanya (yang tidak meminta-minta) dan orang yang meminta. Demikianlah Kami telah menundukkan unta-unta itu kepada kamu, mudah-mudahan kamu bersyukur." (surah al-Haj:36)

"Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu dan berqurbanlah." (Surah al-Kauthar:2)

Daripada Aisyah r.a Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda yang bermaksud: "Tiada suatu amalan yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Qurban, yang lebih dicintai Allah selain daripada menyembelih haiwan qurban. Sesungguhnya haiwan qurban itu pada hari kiamat kelak akan datang berserta dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya, dan sesungguhnya sebelum darah qurban itu menyentuh tanah, ia (pahalanya) telah diterima disisi Allah, maka beruntunglah kamu semua dengan (pahala) qurban itu." (Riwayat al-Tarmuzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Zaid bin Arqam berkata: "Mereka telah bertanya, Wahai Rasullullah, apakah Udhhiyah (Qurban) itu? Nabi Muhammad s.a.w. menjawab: "Ia sunnah bagi bapa kamu Nabi Ibrahim." Mereka bertanya lagi: Apakah ia untuk kita? Rasulullah s.a.w. menjawab: "Dengan tiap-tiap helai bulu satu kebaikan." Mereka bertanya: "maka bulu yang halus pula? Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud "Dengan tiap-tiap helai bulu yang halus itu satu kebaikan." (Riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)

HUKUM BERQURBAN

Hukumnya Sunnat Muakkad (Sunnat yang dikuatkan) atas orang yang memenuhi syarat-syarat seperti berikut:

Islam

Merdeka (Bukan hamba)

Baligh lagi berakal

Mampu untuk berqurban

Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud:

"Aku disuruh berqurban dan ia sunnat bagi kau." (Riwayat al-Turmuzi).

"Telah diwajibkan kepada ku qurban dan tidak wajib bagi kamu." (Riwayat Daruqutni)

Walaupun hukum berqurban itu sunnat tetapi ia boleh bertukar menjadi wajib jika dinazarkan. Sabda Rasullullah s.a.w yang bermaksud: "Sesiapa yang bernazar untuk melakukan taat kepada Allah, maka hendaklah dia melakukannya." (Sila Rujuk: Fiqh al-Sunnah)

PERLAKSANAAN QURBAN

Binatang yang diqurbankan daripada jenis unta, lembu atau kerbau, kambing biasa yang berumur dua tahun, jika biri-biri telah berumur satu tahun atau telah gugur giginya sesudah enam bulan meskipun belum cukup satu tahun.

Binatang itu disyaratkan tidak cacat, tidak buta sebelah atau kedua-duanya, kakinya tidak pincang, tidak terlalu kurus, tidak terpotong lidahnya, tidak mengandung atau baru melahirkan anak, tidak berpenyakit atau berkudis. Binatang yang hendak disembelih itu mestilah sihat sehingga kita sayang kepadanya.

Waktu menyembelihnya sesudah terbit matahari pada Hari Raya Haji dan sesudah selesai solat 'Id dan dua khutbah pendek, tetapi afdhalnya ialah ketika matahari naik segalah pada Hari Raya Hhaji sehingga tiga hari sesuadah Hari Raya Haji (hari-hari Tastriq iaitu 11,12 dan 13 Zulhijjah)

Daging qurban sunnat, orang yang berkorban disunnatkan memakan sedikit daging qurbannya. Pembahagian daging qurban sunnat terdapat tiga cara yang utamanya adalah mengikut urutan sepererti berikut:

Lebih utama orang yang berqurban mengambil hati binatang qurbannya dan baki seluruh dagingnya disedekahkan

Orang yang berqurban itu mengambil satu pertiga daripada jumlah daging qurban, dua pertiga lagi disedekahkannya.

Orang yang berqurban mengambil satu pertiga daripada jumlah daging, satu pertiga lagi disedekahkan kepada fakir miskin dan satu pertiga lagi dihadiahkan kepada orang yang mampu. Sabda Rasullullah s.a.w: "Makanlah oleh kamu sedekahkanlah dan simpanlah."

HIKMAH DAN FADHILAT

Menghidupkan sunnah Nabi Allah Ibrahim a.s.

Mendidik jiwa kearah takwa dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t.

Mengikis sifat tamak dan mewujudkan sifat murah hati mahu berbelanja harta kejalan Allah s.w.t.

Menghapuskan dosa dan mengharap keredhaan Allah s.w.t.

Menjalinkan hubungan kasih sayang sesama manusia terutama antara golongan berada dengan golongan yang kurang bernasib baik.

Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim diakhirat kelak. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: "Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu dititian pada hari kiamat."

AQIQAH UNTUK ANAK


Aqiqah pengertian dari segi bahasa ialah rambut dikepala kanak-kanak. Sementara pengertian aqiqah dari segi syara ialah binatang yang disembelih pada hari mencukur rambut bayi. Aqiqah sebagai ibadah yang telah disyariatkan oleh Allah s.w.t. sebagaimana penjelasan Rasulullah s.a.w. dengan sabdanya yang bermaksud: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan aqiqahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (daripada hari kelahirannya), dicukur dan diberi nama." (Riwayat Abu Dawud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah)

Ibnu Majah menerangkan maksud "... terpelihara dengan aqiqahnya..." (pada mafhum hadis diatas) adalah bahawa aqiqah itu sebagai sebab yang melepaskan kanak-kanak tersebut daripada gangguan syaitan yang cuba menghilangkan daripadanya melakukan kebaikan.

Daripada Salman bin Amir al-Dhabley, bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Untuk anak lelaki itu aqiqahnya. Tumpahkan atasnya darah dan hilangkanlah daripadanya kekotoran dan najis." (Riwayat Abu Daqud, al-Turmuzi dan Ibnu Majah).

Menurut Imam Ahmad bin Hambal, bahawa apabila seseorang kanak-kanak itu mati dalam keadaan belum diaqiqahkan lagi, maka anak itu tidak dapat mensyafaatkan kedua-dua orang tuanya diakhirat kelak.

HUKUM AQIQAH

Hukum aqiqah itu adalah sama dengan ibadah qurban iaitu Sunnat Muakkad kecuali dinazarkan menjadi wajib.

Penyembelihan aqiqah ialah pada hari ketujuh dari kelahiran bayi atau pada hari ke empat belas atau ke dua puluh satu. Jika tidak dapat maka bila-bila masa selagi anak itu belum baligh.

Jika anak telah baligh, maka gugur tuntutan atas walinya dan sunnat bagi dirinya (individu yang berkenaan) mengaqiqahkan untuk dirinya sendiri. Hal ini berdasarkan hadis dari Ahmad, Abu Dawud dan al-Tabrani, bahawa Rasulullah s.a.w. pernah mengaqiqahkan dirinya sendiri sesudah Baginda s.a.w. diangkat menjadi Rasul.

Anak zina, aqiqahnya sunnat atas ibunya kerana nafkah hidup anak zina itu tanggungan ibunya bukan bapanya. Demikian pendapat Syaikh Ibnu Hajar dan Syaikh Ramli, manakala Khatib Syarbini pula berpendapat, adalah tidak sunnat bagi ibu mengaqiqahkan anak zinanya meskipun si ibu memberi nafkah kepadanya.

Anak lelai disembelihkan dua ekor kambing (tetapi sah sekiranya seekor) dan perempuan memadai dengan seekor kambing. Diriwayatkan daripada Aisyah, bahawa Rasulullah s.a.w. memerintahkan para sahabat agar menyembelih aqiqah untuk anak lelaki dua ekor kambing yang umurnya sama dan untuk anak perempuan seekor kambing. (Riwayat al-Turmuzi). Daripada Ibnu Abbas r.a. pula menyatakan. bahawa Rasullullah s.a.w. menyembelih aqiqah untuk Hasan dan Husin masing-masing dengan seekor kambing. (Riwayat Abu Dawud)

HUKUM-HUKUM YANG LAIN BERKAITAN DENGAN QURBAN DAN AQIQAH

Jika menyembelih qurban sendiri hendaklah berniat: "Aku jadikan binatang ini qurban untuk diriku kerana Allah Ta'ala" dan seumpamanya, atau jika penyembelihan aqiqah berniat : "Aku jadikan penyembelihan binatang ini sebagai aqiqah untuk anakku kerana Allah Ta'ala."

Jika untuk tolong kepada orang lain maka hendaklah berakad iaitu dengan dua cara:

1) Secara wakil, maka orang yang mewakilkan berkata: "Aku wakilkan atas diriku untuk menghasilkan penyembelihan qurban untuk diriku (atau aqiqah untuk anak ku...)." Orang yang menerima wakil menjawab: "Aku terima sebagai wakil untuk menghasilkan penyembelihan qurban untukmu (atau aqiqah untuk anakmu...)." (PERINGATAN: Orang yang menerima wakil hendaklah melaksanakan penyembelihan dan tidak boleh diserahkan tanggungjawab menyembelih kepada orang lain).

2) Secara menyerahkan tanggungan dengan berkata: "Saya meletakkan atas zimmah tanggungan tuan untuk menghasilkan penyembelihan qurban untuk ku (atau aqiqah untuk anakku)." (PERINGATAN: Penerima jika tidak dapat menyempurnakan tanggungjawab yang diterima, boleh diserahkan kepada orang lain untuk menyempurnakan penyembelihan untuk orang-orang yang berakad tadi).

Daging qurban sunnat disedekahkan kepada fakir miskin atau dihadiahkan kepada orang yang mampu dalam bentuk masih mentah tetapi aqiqah sunnat dimasak dengan masakan jenis manis seperti kurma, kicap dan sebagainya.

Binatang unta, lembu atau kerbau boleh dikongsi sebhagian untuk qurban dan sebahagian untuk aqiqah.

Disunnatkan tulang-tulang binatang qurban itu tidak dipatahkan atau dipecahkan sama ada oleh orang yang mengaqiqahkan atau yang memakannya. Cuma hendaklah diceraikan pada setiap persendian tulang. Sekiranya dipecahkan juga maka tidaklah pula makruh, tetapi khilaf aula (yakni bersalahan dengan yang utama).

Daging aqiqah atau qurban atau mana-mana bahagian dari binatang (seperti kulit, tulang dan sebagainya) tidak boleh dijadikan upah kepada orang yang menyembelih dan orang-orang yang menguruskan pemotongan. Upah untuk mereka jika diperlukan, maka hendaklah diberi dalam bentuk wang atau harta benda yang lainnya.

Orang kafir tidak boleh diberi makan daging aiqah atau daging qurban, sekiranya telah diberi umpamanya sekilo, maka wajib diganti dengan daging yang lain untuk memenuhi daging yang kurang itu.

Daging atau mana-mana bahagian dari binatang qurban nazar atau aqiqah, haram dimakan atau diambil oleh orang yang melakukannya.

QURBAN DAN AQIQAH BERAMAI-RAMAI

Sekarang ini ada pihak tertentu seperti Masjid, Surau atau badan kebajikan dan orang perseorangan menganjurkan majlis Qurban dan Aqiqah secara beramai-ramai. Pada dasarnya amalan ini baik demi menggalakkan masyarakat Islam melakukan kedua-dua ibadah yang sangat dituntut dalam Islam (Sunnat Muakkad). Namun yang demikian, beberapa syarat berikut ini hendaklah dipatuhi:

Pengurusan hendaklah dilakukan dengan betul, dengan penuh amanah dan tanggungjawab.

Harga yang dikenakan hendaklah dinyatakan termasuk kos pengurusan (Penyembelihan, kenderaan, upah menyembelih, melapah dan sebagainya jika memerlukan upah).

Hendaklah diadakan aqad atau ijab dan qabul antara orang yang melakukan qurban atau aqiqah dengan pihak pelaksana (AJK Qurban/ Aqiqah atau AJK Masjid/ Surau/ Badan Kebajikan/ Orang perseorangan).

Hukum Aqiqah








AQIQAH

Maksud Aqiqah

Aqiqah ialah binatang sembelihan sebagai tanda kesyukuran di atas kelahiran seorang anak.


Hukum Aqiqah

Ia adalah sunat yang sangat dituntut ke atas bapa atau penjaga bayi.


Waktu Aqiqah

Ia sunat dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahiran bayi. Namun begitu, ia harus dilakukan oleh bapa atau penjaga bayi sejurus selepas kelahiran sehingga baligh. Setelah baligh, bapa atau penjaga tidak lagi dituntut untuk melakukan Aqiqah untuk anaknya tetapi anaknya itu boleh melakukan Aqiqah untuk dirinya sendiri.


Hikmah Ibadah Aqiqah

-Melahirkan rasa gembira dengan nikmat Allah s.w.t. iaitu kelahiran cahaya mata yang menjadi penyeri kehidupan rumahtangga.


-Menanam di dalam jiwa rasa pemurah dan menghilangkan rasa kedekut.


-Mengembirakan hati golongan yang tidak bernasib baik dan miskin dengan memberi mereka makan


Syarat Binatang Aqiqah

Binatang yang boleh dibuat Aqiqah adalah sama dengan binatang Qurban iaitu binatang ternakan sahaja seperti unta, lembu dan kerbau serta kambing dari segala jenisnya. Binatang tersebut mestilah selamat dari sebarang jenis kecacatan yang menjejaskan dagingnya seperti terlalu kurus, tempang yang jelas, sakit yang menyebabkan binatang itu kurus atau dagingnya memudaratkan, buta sebelah dan terpotong telinga. Bagi lembu dan kambing yang ingin disembelih, ia mestilah berumur tidak kurang dari dua tahun dan bagi biri-biri pula, mestilah berumur tidak kurang dari setahun atau setelah bersalin gigi hadapannya walaupun belum cukup setahun.


Hukum Berkongsi Binatang Aqiqah

Seekor kambing telah memadai untuk seorang bayi samada lelaki atau perempuan tetapi adalah lebih baik disembelih dua ekor kambing untuk seorang bayi lelaki dan seekor kambing untuk seorang bayi perempuan. Manakala seekor lembu boleh dikongsi untuk tujuh orang bayi.


Pengagihan Daging Binatang Aqiqah

Daging binatang yang disembelih sunat dimasak terlebih dahulu sebelum diagihkan.

Thursday, May 17, 2012

ISTERI HAMIL, APA PULA PERANAN SUAMI ?

Petikan Artikel dari Edisi Pertama ZURIAT Kau Ilhamku
Artikel Dari Edisi Jul-Aug 2010
Apakah peranan suami sepanjang tempoh kehamilan isterinya? Benarkah anda sebagai suami, bersedia untuk melaksanakan peranan yang dimaksudkan? Mari kita bincangkan persoalan ini dengan lebih lanjut.
Secara umumnya, berita tentang kehamilan isteri merupakan sesuatu yang menggembirakan suami, tidak kira bagi yang pertama kali menjadi bapa ataupun yang sudah berpengalaman. Namun demikian, kedua-dua suami dan isteri perlu membuat persediaan untuk melalui jangka waktu sembilan bulan seterusnya supaya isteri dapat menjalani tempoh kehamilan tersebut dengan tenang dan selesa.
Sepanjang tempoh kehamilan, si isteri akan mengalami banyak perubahan dari segi fizikal dan juga emosi. Ini berlaku kerana kadar hormon estrogen dan progesterone di dalam tubuhnya berubah.
Fungsi kedua-dua hormon ini bukan hanya untuk mengatur pusingan haid seperti perubahan pada dinding rahim dan pengeluaran darah haid. Kedua-dua hormon ini mempunyai kesan pada tisu-tisu yang ada di dalam tubuh. Ini termasuklah payu dara, tulang, pembuluh darah, jantung, pundi kencing, saluran usus dan kulit. Apabila kadar estrogen dan progesterone berubah dan tidak seimbang, maka terjadilah perubahan tingkah laku atau emosi yang menyebabkan si isteri menjadi seorang yang mudah sensitif, tertekan, mudah marah dan mungkin juga mengalami kemurungan.

Sepanjang tiga bulan pertama, ramai wanita yang hamil sering merasa mual dan muntah terutama diwaktu pagi, keadaan yang lebih dikenali sebagai morning sickness. Mereka juga mudah penat dan mengantuk. Perubahan hormon juga boleh menyebabkan mereka lebih sensitif, mudah menangis dan berasa tertekan tanpa sebab yang jelas.

Dalam peringkat trimester kedua pula, keaadan emosi si isteri selalunya menjadi lebih stabil. Isteri boleh menikmati kehamilan dengan lebih tenang kerana ketidakselesaan yang dialaminya sepanjang tempoh trimester pertama akan mula berkurangan. Isteri juga dapat merasakan gerakan bayi yang berada dalam kandungannya, lantas merasa bahagia dengan kehamilannya dan menghargai perubahan fizikal yang dialaminya. Oleh kerana rasa mual juga tidak sehebat seperti sebelumya, selera makan isteri menjadi bertambah baik.

Bila melangkah ke trimester ketiga pula, tentunya si isteri akan mula merasa cemas bercampur ghairah bila memikirkan hari kelahiran permata hatinya kelak, lebih-lebih lagi jika ini merupakan kehamilan yang pertama. Semakin tiba ke penghujung tempoh kehamilan, isteri sering mengadu sakit dan sengal badan dan berbagai rasa tidak selesa terutamanya pada bahagian punggung dan bawah perut kerana bayi semakin membesar. Keadaan ini juga membuatnya sukar tidur kerana perut yang membesar menyebabkan ia merasa tidak selesa bila berbaring.

6 Perkara yang boleh suami lakukan

1. Berusaha untuk membuat isteri berasa tenang Perubahan emosi, tekanan perasaan dan ketidakselesaan boleh menjadikan tempoh kehamilan sebagai jangka waktu yang mencabar dan menghilangkan rasa ceria yang sepatutnya dirasakan oleh pasangan suami isteri. Memberi urutan kaki, menyediakan bantal yang selesa dan mendengar keluhan isteri tentang apa yang dialamimya merupakan antara langkah yang mudah untuk menenangkan perasaan isteri yang mengalami keletihan atau mempunyai emosi yang berubah-ubah.

2. Bantu isteri melakukan kerja-kerja rumah
Bagi pasangan yang tidak mempunyai pembantu rumah, dapatkan bantuan dan kerjasama daripada ahli keluarga yang lain untuk menyelesaikan kerja rumah. Pasangan yang mempunyai anak-anak berusia enam tahun ke atas boleh juga melatih anak-anak ini untuk berdikari dengan memberikan tugasan yang ringan seperti mengemas bilik sendiri atau membersihkan ruang tamu.

3. Prihatin terhadap pemakanan dan kesihatan isteri
Sepanjang kehamilan, cara pemakanan yang baik dan melakukan senaman secukupnya dapat membantu isteri tidur dengan selesa, mengurangkan sakit-sakit badan dan memberi tenaga.
Suami boleh membantu dengan menemani isteri bersiar-siar di taman atau sama-sama melakukan senaman ringan yang sesuai dengan keadaan isteri.Selain dari itu juga, suami harus memastikan bahawa isteri mengamalkan cara pemakanan yang sihat, terutama sekali dari peringkat trimester kedua, di mana isteri mempunyai selera makan yang baik. Ini penting bagi mengelakkan timbulnya masalah kesihatan seperti kencing manis dan darah tinggi ketika hamil.

4. Tunjukkan kasih sayang dan perhatian yang lebih
Sudah menjadi kebiasaan bagi isteri yang hamil untuk mengidamkan sesuatu makanan. Jadi, bersedialah untuk memenuhi kehendak isteri sekiranya dia menginginkan sesuatu. Adalah penting juga bagi suami untuk memberi sokongan moral dengan menemani isteri setiap kali beliau menjalani pemeriksaan di klinik atau hospital. Dengan ini juga, suami boleh mendapatkan nasihat doktor tentang apa yang perlu dilakukan untuk isteri dan bayi yang dikandungnya. Lazimnya juga, isteri akan membaca buku-buku atau majalah-majalah berkenaan dengan kehamilan. Adalah baik juga jika suami dapat sama-sama mempelajari tentang perubahan fizikal dan emosi isteri untuk memahami keadaan isteri dan bayinya, serta mempersiapkan dirinya untuk membantu isteri apabila tiba masa untuk melahirkan.

5. Berikan kata-kata perangsang dan pujian
Kehamilan juga boleh menyebabkan sesetengah isteri merasa kurang yakin terhadap penampilan mereka disebabkan perubahan yang berlaku pada tubuh mereka. Bagi isteri yang amat prihatin dengan kelangsingan tubuh mereka sebelum hamil, perubahan ini akan menimbulkan rasa khuatir sama ada mereka masih kelihatan menawan sepanjang kehamilan dan sama ada mereka boleh mendapatkan bentuk tubuh pra-kehamilan sesudah melahirkan kelak. Maka itu, suami haruslah murah dengan kata-kata positif untuk menambahkan keyakinan isteri terhadap penampilan mereka.

6.Tunjukkan keghairahan sebagai bakal ayah
Suami juga boleh memberi sokongan mereka dengan memainkan peranan yang aktif sebagai bakal ayah. Rajin-rajinlah bercakap-cakap atau membaca kepada bayi di dalam kandungan untuk mewujudkan ikatan mesra (bonding) dengannya. Selain dari itu, suami juga perlu meluangkan masa untuk bersama-sama menyiapkan keperluan bayi. Isteri pasti merasa gembira bila melihat suami tidak sabar untuk menyambut kelahiran bayi mereka.

Secara keseluruhannya, seorang suami mestilah bersedia menjalankan tanggungjawabnya sebagai bakal ayah kepada anak yang dikandung oleh isterinya. Walaupun dia tidak mengalami proses kehamilan secara langsung, ini tidak bermakna peranannya tidak penting. Dia merupakan orang yang paling utama dalam memberikan motivasi kepada isterinya. Dalam masa yang sama, keupayaannya untuk menempuh tempoh kehamilan ini bersama-sama dengan isteri tersayang dapat dirasakan oleh bayi yang dikandung. Inilah juga masa untuk dia menjalankan peranannya sebagai pemimpin keluarga, dengan memperbanyakkan ibadah dan memohon kepada Allah SWT agar keluarganya mendapat perlindungan dan rahmat dariNya.

Hadis : Ganjaran Untuk Isteri Yang Solehah

Salam,

Kali ini saya ingin kongsi satu hadis yang menarik untuk para-para isteri.

Ganjaran Untuk Para Isteri Oleh Allah

a) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

b) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

c) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

d) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

e) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

f ) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

g) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

h) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

(Hadis riwayat Anas Bin Malik)

Wednesday, May 16, 2012

Seks semasa hamil

Bolehkah saya melakukan seks semasa hamil?
Sudah tentu. Dengan kehamilan normal, anda boleh melakukannya sehingga sampai masa ketuban air memecah. Tanya doktor dahulu jika anda mengalami masalah dengan kehamilan anda, seperti plasenta previa atau pendarahan, atau anda mempunyai sejarah keguguran.

Dengan kehamilan normal, melakukan seks tidak dikaitkan dengan keguguran. Malah, jika anda berasa seksi dan cukup sihat, mungkin baik juga anda menikmatinya sepanjang kehamilan. Melakukan seks semasa hamil mungkin baik bagi hubungan anda dan suami pada masa kini dan selepas kehadiran bayi.

Kajian telah membuktikan yang melakukan seks semasa hamil tidak dikaitkan dengan pelahiran pramatang jika kehamilan itu sihat dan normal. Malah, satu kajian menunjukkan wanita hamil yang melakukan seks secara teratur selama kehamilan kurang cenderung mengalami pelahiran pramatang.

Bolehkah seks membahayakan bayi?
Anda tidak akan membahayakan bayi, walaupun suami anda mengambil posisi di atas. Penyumbat mukus yang tebal yang menutup serviks membantu melindungi infeksi. Sak amnion dan otot-otot uterus yang kuat juga melindungi bayi. Walaupun fetus anda agak bergerak kencang selepas klimaks, ini disebabkan jantung anda yang mengepam kuat, bukan kerana dia tahu apa yang berlaku atau mengalami kesakitan.

Walau bagaimanapun, ada keadaan-keadaan penting, di mana anda akan dinasihatkan supaya tidak melakukan persetubuhan. Ini termasuk:
pendarahan;
sakit atau kekejangan abdomen;
pecah ketuban;
sejarah kelemahan serviks;
plasenta praevia, terutama jika anda pernah mengalami pendarahan.
Anda mungkin akan dinasihat mengelakkan seks jika suami anda menghidapi herpes genital. Jika anda menghidapi herpes genital untuk kali pertamanya semasa mengandung, ada kemungkinan anda boleh menjangkiti bayi anda yang sedang berkembang dalam kehamilan.

Adakah nikmatnya sama?
Lebih baik bagi setengah wanita, tidak begitu baik untuk yang lain. Pengaliran darah ke ruang pelvis bertambah dan boleh menyebabkan genital membengkak dan menambahkan sensasi. Tetapi, dalam masa yang sama, rasa kepenuhan ini membuat lain wanita terasa sendat dan tak selesa selepas persetubuhan berakhir. Juga, beberapa wanita mengalami kesakitan bila melakukan seks semasa hamil.

Ada juga wanita yang mengalami kekejangan abdomen semasa atau sesudah persetubuhan kerana klimaks boleh membawakan kontraksi-kontraksi yang lebih ketara pada trimester ketiga. Ini mungkin membuat anda tidak selesa untuk beberapa minit, tetapi kekejangan uterus akan beredar, sama seperti semasa kontraksi Braxton Hicks.

Saya tidak rasa mahukan seks semenjak saya hamil. Adakah ini normal?
Ya. Perubahan-perubahan besar dalam badan anda sudah tentu akan mengubah perlakuan seks anda. Setengah wanita, sekarang bebas dari kebimbangan tentang konsepsi dan pencegahan hamil, merasa lebih seksi dari biasa. Tetapi yang lain hanya merasa terlalu letih atau mual untuk berasmara, terutama sekali semasa trimester pertama.

Ada wanita mendapati yang trimester kedua ditanda oleh nafsu berahi yang meruap-ruap naik tetapi dalam mana-mana fasa kehamilan, ada variasi yang besar dalam perasaan dan aktiviti seks setiap pasangan suami-isteri. Nafsu berahi anda mungkin menurun semula di trimester ketiga sebab anda memikirkan tentang kelahiran dan proses bersalin yang akan datang, atau anda merasakan tidak menarik atau bimbang tentang kepuasan suami anda.

Semua perasaan dan pengalaman ini adalah normal, tetapi ingatlah yang setiap orang berbeza dan adalah normal juga jika nafsu berahi dan menurun semasa kehamilan.

Adakah nafsu berahi seks suami saya akan berubah?
Mungkin. Ramai lelaki mendapati isteri hamil mereka menarik seperti sebelum hamil pada trimester pertama dan kedua, tetapi perasaan ini berkurang pada trimester ketiga. Ini tidak bermakna dia langsung tidak tertarik juga.

Nafsu suami anda mungkin mengurang sebab takut yang seks akan membahayakan bayi. Atau dia mungkin bimbang akan kesihatan anda dan bayi, khuatir tentang beban keibubapaan, dan atau juga merasa serba salah tentang berasmara dalam kehadiran bayi mereka yang belum lahir.

Adakah seks oral selamat?
Ya, seks oral yang normal tidak akan membahayakan bayi dan ramai merasakan ianya satu penyelesaian jika persetubuhan itu membawa risiko tinggi.

Posisi-posisi manakah yang paling selesa?
Bila kehamilan berterusan, anda mungkin kurang selesa bila suami mengambil posisi di atas. Berikut adalah posisi-posisi dan tip-tip untuk berasmara ketika anda hamil yang telah tahan zaman.

• Baring di sisi. Jika suami anda di atas, dia perlu lebih kreatif dalam gimnastik semakin perut anda membesar. Tetapi berbaring di sisi membenarkan suami anda menjauhkan sebahagian beasr beratnya dari uterus anda.

• Gunakan katil sebagai alat membantu. Bonjol anda bukan penghalang jika anda berbaring atas belakang anda di tepi atau di hujung kaki katil dengan membengkokkan lutut, dan punggung anda dan kaki terletak di tepi tilam. Suami anda boleh samada melutut atau berdiri di depan anda.

• Baring sisi-ke-sisi dalam posisi sudu, yang hanya membolehkan penetrasi tohor. Jolokan suami yang mendalam boleh menjadi tidak selesa apabila bulan-bulan berlalu.

• Naik atas suami anda. Ini tidak meletakkan berat atas abdomen anda dan membenarkan anda mengawal kedalaman penetrasi.

• Masuk dari posisi duduk, yang juga tidak meletakkan berat ke atas uterus. Cuba duduk atas riba suami anda manakala dia duduk atas kerusi (yang kukuh).

Biar yakin - jika ada kemahuan, mesti dibukakan jalan. Dengan sedikit cuba-mencuba, anda dan suami anda sudah tentu akan berjumpa suatu teknik yang sesuai bagi anda.

Apabila isteri hamil

Ramai para suami yg tak tahu dan tak paham keadaan isteri diorang bila mengandung ni. Maklumlah...time mengandung ni mood dan tahap kesihatan ibu adalah berubah2 (trust me.........been there done that ok!). She can be so moody at a time and freaking happy dalam masa 5 minit selepas itu. Tahap kesihatan pulak...kejap ok..kejap tak ok. Kekadang sihat kekadang sakit. Ada tu ada yang bila malam je demam. Pastu kejap demam kejap ok. Ada yang kuat tido pun ada. Pastu ada gak yang meroyan nak makan itu ini. Pendek kata...macam-macam ada. So kalau para suami yg tak faham dengan keadaan isteri...isteri adalah sentap! Oh...that's not good for the baby. Stress adalah tidak baik untuk kandungan. Aku pernah tanya doc kenapa ibu hamil tak leh nak stress2. Pastu doc cakap...bila kita stress...badan akan mengeluarkan sejenis hormon dan hormon itu dapat melalui placenta or baby sac so kalau hormon stress tu melebihi hormon kehamilan...itu akan mengganggu proses kehamilan dan boleh menyebabkan keguguran. Yeah! It happened to me last time..so statement yg mengatakan ibu hamil tak boleh stress itu adalah benar dan bukan mitos semata-mata.

Pengalamann keguguran akibat stress adalah amat memilukan. Hormon adalah sangat haywire...bleeding non-stop...kena ulang alik ke hospital...bed rest..mc 3 minggu dan sebagainya. Oh...tak mau la cite tentang pengalaman lalu....bak kata orang pengalaman lalu tak perlu dikenang.

Ada terbaca satu artikel menarik...perkara yg suami perlu tahu ketika mengandung...cekidot yaw!

1. Luangkan masa bersama isteri
Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.

Oh! ini adalah benar...bila kita pregnant kan..rasa macam nak duduk bawah ketiak suami je 24 jam. Rasa cam tak nak suami tu pegi mana-mana and duduk je kat sebelah kita. Tapi ni memang melampau la kan. Mau dapat penampau kalau kita request benda ni kat suami kita ya tak. Tapi lagi heaven bila laki kita dok kepit kita bawah ketiak dia takmo bagi lepas...kannnnnnnnn

2. Membantu pemakanan isteri
Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.

Ya betul! pompuan peknen ni kehendak dan naluri dia kepada makanan adalah meluap-luap. So Encik Suami...tolonglah faham. Jangan la bila isteri cakap dia nak makan itu ini...u all asyik tanya...tu baby yang nak makan ke mummy yang nak makan tu? tak kisah la sape pun yg nak makan at the end makanan tu sampai kat dalam perut gak. Segala zat makanan ibu pegi gak kat baby. Jadi rerajin la shopping makanan yang berkhasiat untuk wifey anda k. Jangan plak korang para suami yg sibuk nak mengidam...itu sudah lebey!

3. Perlahan
Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.

Ya encik abang...sila belajar untuk menjadi slow motion and slow & steady buat sementara waktu. Kalau tak reti nak sabar...tak payah bawak isteri jejalan. Ingat senang nak bawak perut tu kehulu kehilir laju-laju? Sindri mau ingat :P

4. Tidak perlu bertanya, terus lakukan
Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.

Tup! sila jadi seorang yg ringan tulang...bukan ringan tangan ya. Building the baby is such a hardwork and rilly tiring so apa kata bantulah isteri anda membuat kerja-kerja rumah. Besar pahala tu bahkan anda akan makin dicintai isteri. Takkan u'ol samggup tengok isteri yang tengah sarat tu tonggang tebalik mengemas. Sian diorang. Nanti apa-apa jadi kat diorang kan susah. Lagi satu jangan la selalu nak buat sepah kat rumah tu ya (bagi suami-suami yang suka menyepahkan rumah..hik2)

5. Belajar
Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.

Hah! mood isteri adalah haywire...kekadang tetiba suara boleh pitching ke laut...nak sentap sana..sentap sini. So bawak-bawaklah belajar bersabar! Anggap saja suara isteri korang yang tengah marah2 tu umpama irama ditelinga supaya sedap didengari...boleh? hihi

6. Membantu menyiapkan hidangan makan
Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.

Apa yang penting...kerjasama! Apa kata sekali sekala tu masak utk isteri pulak...air tangan suami memang terbaik dowh!

7. Membantu menjaga anak yang lain
Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.

Masa ni lah you all nak bagi sepenuh perhatian kat anak-anak yang lain sebelum anak yang baru tu lahir...betul tak ;)

8. Membawa isteri ke mana sahaja
Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.

Bawalah isteri anda kemana saja...even kalau dia nak ke London sekali pun...over kauuuuu! ahaks

9. Pinjamkan tangan anda pada isteri
Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.

yesssss! pinjamkan segala-gala yang anda anda...serah segala...jiwa dan raga...ape aku melalut ni baiiiii???

Peranan Suami Ketika Isteri Hamil

~Suami perlu meringankan beban isteri menguruskan rumah tangga seperti membantu membuat kerja rumah atau keperluan anak sedia ada.

~Bagi sokongan moral kerana emosi isteri mudah terganggu ketika hamil. Biasanya isteri menjadi lebih sensitif, jadi bersabarlah melayan kerenah isteri.

~Sediakan persekitaran yang sihat dan selesa untuk isteri.

~Ingatkan isteri agar mengamalkan diet seimbang.

~Temani isteri bertemu doktor bagi memeriksa kandungan.

~Manjakan isteri dan kandungan. Luangkan masa berbual dengan isteri dan anak dalam kandungan.

~Tunaikan permintaan isteri yang tidak melampau. Biasanya ketika hamil isteri mengidam nak makan macam-macam makanan.

~Lebih peka dan memahami isteri yang mengalami perubahan, emosi, fizikal dan pemikiran.

~Beli barang keperluan bayi bersama isteri.

~Bawalah isteri bercuti sebagai tanda penghargaan.

~Ikuti kelas pranatal sebagai persediaan untuk bersalin.

~Ketika tarikh jangkaan semakin hampir, isteri akan gelisah dan berasa takut. Tenangkan isteri dan sentiasa berusaha berada di sisinya.

~Temani isteri ketika proses kelahiran, beri kata semangat padanya.

~Jangan lupa berdoa agar isteri dan bayi anda sihat dan selamat.