Followers

Thursday, May 17, 2012

ISTERI HAMIL, APA PULA PERANAN SUAMI ?

Petikan Artikel dari Edisi Pertama ZURIAT Kau Ilhamku
Artikel Dari Edisi Jul-Aug 2010
Apakah peranan suami sepanjang tempoh kehamilan isterinya? Benarkah anda sebagai suami, bersedia untuk melaksanakan peranan yang dimaksudkan? Mari kita bincangkan persoalan ini dengan lebih lanjut.
Secara umumnya, berita tentang kehamilan isteri merupakan sesuatu yang menggembirakan suami, tidak kira bagi yang pertama kali menjadi bapa ataupun yang sudah berpengalaman. Namun demikian, kedua-dua suami dan isteri perlu membuat persediaan untuk melalui jangka waktu sembilan bulan seterusnya supaya isteri dapat menjalani tempoh kehamilan tersebut dengan tenang dan selesa.
Sepanjang tempoh kehamilan, si isteri akan mengalami banyak perubahan dari segi fizikal dan juga emosi. Ini berlaku kerana kadar hormon estrogen dan progesterone di dalam tubuhnya berubah.
Fungsi kedua-dua hormon ini bukan hanya untuk mengatur pusingan haid seperti perubahan pada dinding rahim dan pengeluaran darah haid. Kedua-dua hormon ini mempunyai kesan pada tisu-tisu yang ada di dalam tubuh. Ini termasuklah payu dara, tulang, pembuluh darah, jantung, pundi kencing, saluran usus dan kulit. Apabila kadar estrogen dan progesterone berubah dan tidak seimbang, maka terjadilah perubahan tingkah laku atau emosi yang menyebabkan si isteri menjadi seorang yang mudah sensitif, tertekan, mudah marah dan mungkin juga mengalami kemurungan.

Sepanjang tiga bulan pertama, ramai wanita yang hamil sering merasa mual dan muntah terutama diwaktu pagi, keadaan yang lebih dikenali sebagai morning sickness. Mereka juga mudah penat dan mengantuk. Perubahan hormon juga boleh menyebabkan mereka lebih sensitif, mudah menangis dan berasa tertekan tanpa sebab yang jelas.

Dalam peringkat trimester kedua pula, keaadan emosi si isteri selalunya menjadi lebih stabil. Isteri boleh menikmati kehamilan dengan lebih tenang kerana ketidakselesaan yang dialaminya sepanjang tempoh trimester pertama akan mula berkurangan. Isteri juga dapat merasakan gerakan bayi yang berada dalam kandungannya, lantas merasa bahagia dengan kehamilannya dan menghargai perubahan fizikal yang dialaminya. Oleh kerana rasa mual juga tidak sehebat seperti sebelumya, selera makan isteri menjadi bertambah baik.

Bila melangkah ke trimester ketiga pula, tentunya si isteri akan mula merasa cemas bercampur ghairah bila memikirkan hari kelahiran permata hatinya kelak, lebih-lebih lagi jika ini merupakan kehamilan yang pertama. Semakin tiba ke penghujung tempoh kehamilan, isteri sering mengadu sakit dan sengal badan dan berbagai rasa tidak selesa terutamanya pada bahagian punggung dan bawah perut kerana bayi semakin membesar. Keadaan ini juga membuatnya sukar tidur kerana perut yang membesar menyebabkan ia merasa tidak selesa bila berbaring.

6 Perkara yang boleh suami lakukan

1. Berusaha untuk membuat isteri berasa tenang Perubahan emosi, tekanan perasaan dan ketidakselesaan boleh menjadikan tempoh kehamilan sebagai jangka waktu yang mencabar dan menghilangkan rasa ceria yang sepatutnya dirasakan oleh pasangan suami isteri. Memberi urutan kaki, menyediakan bantal yang selesa dan mendengar keluhan isteri tentang apa yang dialamimya merupakan antara langkah yang mudah untuk menenangkan perasaan isteri yang mengalami keletihan atau mempunyai emosi yang berubah-ubah.

2. Bantu isteri melakukan kerja-kerja rumah
Bagi pasangan yang tidak mempunyai pembantu rumah, dapatkan bantuan dan kerjasama daripada ahli keluarga yang lain untuk menyelesaikan kerja rumah. Pasangan yang mempunyai anak-anak berusia enam tahun ke atas boleh juga melatih anak-anak ini untuk berdikari dengan memberikan tugasan yang ringan seperti mengemas bilik sendiri atau membersihkan ruang tamu.

3. Prihatin terhadap pemakanan dan kesihatan isteri
Sepanjang kehamilan, cara pemakanan yang baik dan melakukan senaman secukupnya dapat membantu isteri tidur dengan selesa, mengurangkan sakit-sakit badan dan memberi tenaga.
Suami boleh membantu dengan menemani isteri bersiar-siar di taman atau sama-sama melakukan senaman ringan yang sesuai dengan keadaan isteri.Selain dari itu juga, suami harus memastikan bahawa isteri mengamalkan cara pemakanan yang sihat, terutama sekali dari peringkat trimester kedua, di mana isteri mempunyai selera makan yang baik. Ini penting bagi mengelakkan timbulnya masalah kesihatan seperti kencing manis dan darah tinggi ketika hamil.

4. Tunjukkan kasih sayang dan perhatian yang lebih
Sudah menjadi kebiasaan bagi isteri yang hamil untuk mengidamkan sesuatu makanan. Jadi, bersedialah untuk memenuhi kehendak isteri sekiranya dia menginginkan sesuatu. Adalah penting juga bagi suami untuk memberi sokongan moral dengan menemani isteri setiap kali beliau menjalani pemeriksaan di klinik atau hospital. Dengan ini juga, suami boleh mendapatkan nasihat doktor tentang apa yang perlu dilakukan untuk isteri dan bayi yang dikandungnya. Lazimnya juga, isteri akan membaca buku-buku atau majalah-majalah berkenaan dengan kehamilan. Adalah baik juga jika suami dapat sama-sama mempelajari tentang perubahan fizikal dan emosi isteri untuk memahami keadaan isteri dan bayinya, serta mempersiapkan dirinya untuk membantu isteri apabila tiba masa untuk melahirkan.

5. Berikan kata-kata perangsang dan pujian
Kehamilan juga boleh menyebabkan sesetengah isteri merasa kurang yakin terhadap penampilan mereka disebabkan perubahan yang berlaku pada tubuh mereka. Bagi isteri yang amat prihatin dengan kelangsingan tubuh mereka sebelum hamil, perubahan ini akan menimbulkan rasa khuatir sama ada mereka masih kelihatan menawan sepanjang kehamilan dan sama ada mereka boleh mendapatkan bentuk tubuh pra-kehamilan sesudah melahirkan kelak. Maka itu, suami haruslah murah dengan kata-kata positif untuk menambahkan keyakinan isteri terhadap penampilan mereka.

6.Tunjukkan keghairahan sebagai bakal ayah
Suami juga boleh memberi sokongan mereka dengan memainkan peranan yang aktif sebagai bakal ayah. Rajin-rajinlah bercakap-cakap atau membaca kepada bayi di dalam kandungan untuk mewujudkan ikatan mesra (bonding) dengannya. Selain dari itu, suami juga perlu meluangkan masa untuk bersama-sama menyiapkan keperluan bayi. Isteri pasti merasa gembira bila melihat suami tidak sabar untuk menyambut kelahiran bayi mereka.

Secara keseluruhannya, seorang suami mestilah bersedia menjalankan tanggungjawabnya sebagai bakal ayah kepada anak yang dikandung oleh isterinya. Walaupun dia tidak mengalami proses kehamilan secara langsung, ini tidak bermakna peranannya tidak penting. Dia merupakan orang yang paling utama dalam memberikan motivasi kepada isterinya. Dalam masa yang sama, keupayaannya untuk menempuh tempoh kehamilan ini bersama-sama dengan isteri tersayang dapat dirasakan oleh bayi yang dikandung. Inilah juga masa untuk dia menjalankan peranannya sebagai pemimpin keluarga, dengan memperbanyakkan ibadah dan memohon kepada Allah SWT agar keluarganya mendapat perlindungan dan rahmat dariNya.

Hadis : Ganjaran Untuk Isteri Yang Solehah

Salam,

Kali ini saya ingin kongsi satu hadis yang menarik untuk para-para isteri.

Ganjaran Untuk Para Isteri Oleh Allah

a) “Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

b) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

c) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

d) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

e) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

f ) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

g) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

h) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

(Hadis riwayat Anas Bin Malik)

Wednesday, May 16, 2012

Seks semasa hamil

Bolehkah saya melakukan seks semasa hamil?
Sudah tentu. Dengan kehamilan normal, anda boleh melakukannya sehingga sampai masa ketuban air memecah. Tanya doktor dahulu jika anda mengalami masalah dengan kehamilan anda, seperti plasenta previa atau pendarahan, atau anda mempunyai sejarah keguguran.

Dengan kehamilan normal, melakukan seks tidak dikaitkan dengan keguguran. Malah, jika anda berasa seksi dan cukup sihat, mungkin baik juga anda menikmatinya sepanjang kehamilan. Melakukan seks semasa hamil mungkin baik bagi hubungan anda dan suami pada masa kini dan selepas kehadiran bayi.

Kajian telah membuktikan yang melakukan seks semasa hamil tidak dikaitkan dengan pelahiran pramatang jika kehamilan itu sihat dan normal. Malah, satu kajian menunjukkan wanita hamil yang melakukan seks secara teratur selama kehamilan kurang cenderung mengalami pelahiran pramatang.

Bolehkah seks membahayakan bayi?
Anda tidak akan membahayakan bayi, walaupun suami anda mengambil posisi di atas. Penyumbat mukus yang tebal yang menutup serviks membantu melindungi infeksi. Sak amnion dan otot-otot uterus yang kuat juga melindungi bayi. Walaupun fetus anda agak bergerak kencang selepas klimaks, ini disebabkan jantung anda yang mengepam kuat, bukan kerana dia tahu apa yang berlaku atau mengalami kesakitan.

Walau bagaimanapun, ada keadaan-keadaan penting, di mana anda akan dinasihatkan supaya tidak melakukan persetubuhan. Ini termasuk:
pendarahan;
sakit atau kekejangan abdomen;
pecah ketuban;
sejarah kelemahan serviks;
plasenta praevia, terutama jika anda pernah mengalami pendarahan.
Anda mungkin akan dinasihat mengelakkan seks jika suami anda menghidapi herpes genital. Jika anda menghidapi herpes genital untuk kali pertamanya semasa mengandung, ada kemungkinan anda boleh menjangkiti bayi anda yang sedang berkembang dalam kehamilan.

Adakah nikmatnya sama?
Lebih baik bagi setengah wanita, tidak begitu baik untuk yang lain. Pengaliran darah ke ruang pelvis bertambah dan boleh menyebabkan genital membengkak dan menambahkan sensasi. Tetapi, dalam masa yang sama, rasa kepenuhan ini membuat lain wanita terasa sendat dan tak selesa selepas persetubuhan berakhir. Juga, beberapa wanita mengalami kesakitan bila melakukan seks semasa hamil.

Ada juga wanita yang mengalami kekejangan abdomen semasa atau sesudah persetubuhan kerana klimaks boleh membawakan kontraksi-kontraksi yang lebih ketara pada trimester ketiga. Ini mungkin membuat anda tidak selesa untuk beberapa minit, tetapi kekejangan uterus akan beredar, sama seperti semasa kontraksi Braxton Hicks.

Saya tidak rasa mahukan seks semenjak saya hamil. Adakah ini normal?
Ya. Perubahan-perubahan besar dalam badan anda sudah tentu akan mengubah perlakuan seks anda. Setengah wanita, sekarang bebas dari kebimbangan tentang konsepsi dan pencegahan hamil, merasa lebih seksi dari biasa. Tetapi yang lain hanya merasa terlalu letih atau mual untuk berasmara, terutama sekali semasa trimester pertama.

Ada wanita mendapati yang trimester kedua ditanda oleh nafsu berahi yang meruap-ruap naik tetapi dalam mana-mana fasa kehamilan, ada variasi yang besar dalam perasaan dan aktiviti seks setiap pasangan suami-isteri. Nafsu berahi anda mungkin menurun semula di trimester ketiga sebab anda memikirkan tentang kelahiran dan proses bersalin yang akan datang, atau anda merasakan tidak menarik atau bimbang tentang kepuasan suami anda.

Semua perasaan dan pengalaman ini adalah normal, tetapi ingatlah yang setiap orang berbeza dan adalah normal juga jika nafsu berahi dan menurun semasa kehamilan.

Adakah nafsu berahi seks suami saya akan berubah?
Mungkin. Ramai lelaki mendapati isteri hamil mereka menarik seperti sebelum hamil pada trimester pertama dan kedua, tetapi perasaan ini berkurang pada trimester ketiga. Ini tidak bermakna dia langsung tidak tertarik juga.

Nafsu suami anda mungkin mengurang sebab takut yang seks akan membahayakan bayi. Atau dia mungkin bimbang akan kesihatan anda dan bayi, khuatir tentang beban keibubapaan, dan atau juga merasa serba salah tentang berasmara dalam kehadiran bayi mereka yang belum lahir.

Adakah seks oral selamat?
Ya, seks oral yang normal tidak akan membahayakan bayi dan ramai merasakan ianya satu penyelesaian jika persetubuhan itu membawa risiko tinggi.

Posisi-posisi manakah yang paling selesa?
Bila kehamilan berterusan, anda mungkin kurang selesa bila suami mengambil posisi di atas. Berikut adalah posisi-posisi dan tip-tip untuk berasmara ketika anda hamil yang telah tahan zaman.

• Baring di sisi. Jika suami anda di atas, dia perlu lebih kreatif dalam gimnastik semakin perut anda membesar. Tetapi berbaring di sisi membenarkan suami anda menjauhkan sebahagian beasr beratnya dari uterus anda.

• Gunakan katil sebagai alat membantu. Bonjol anda bukan penghalang jika anda berbaring atas belakang anda di tepi atau di hujung kaki katil dengan membengkokkan lutut, dan punggung anda dan kaki terletak di tepi tilam. Suami anda boleh samada melutut atau berdiri di depan anda.

• Baring sisi-ke-sisi dalam posisi sudu, yang hanya membolehkan penetrasi tohor. Jolokan suami yang mendalam boleh menjadi tidak selesa apabila bulan-bulan berlalu.

• Naik atas suami anda. Ini tidak meletakkan berat atas abdomen anda dan membenarkan anda mengawal kedalaman penetrasi.

• Masuk dari posisi duduk, yang juga tidak meletakkan berat ke atas uterus. Cuba duduk atas riba suami anda manakala dia duduk atas kerusi (yang kukuh).

Biar yakin - jika ada kemahuan, mesti dibukakan jalan. Dengan sedikit cuba-mencuba, anda dan suami anda sudah tentu akan berjumpa suatu teknik yang sesuai bagi anda.

Apabila isteri hamil

Ramai para suami yg tak tahu dan tak paham keadaan isteri diorang bila mengandung ni. Maklumlah...time mengandung ni mood dan tahap kesihatan ibu adalah berubah2 (trust me.........been there done that ok!). She can be so moody at a time and freaking happy dalam masa 5 minit selepas itu. Tahap kesihatan pulak...kejap ok..kejap tak ok. Kekadang sihat kekadang sakit. Ada tu ada yang bila malam je demam. Pastu kejap demam kejap ok. Ada yang kuat tido pun ada. Pastu ada gak yang meroyan nak makan itu ini. Pendek kata...macam-macam ada. So kalau para suami yg tak faham dengan keadaan isteri...isteri adalah sentap! Oh...that's not good for the baby. Stress adalah tidak baik untuk kandungan. Aku pernah tanya doc kenapa ibu hamil tak leh nak stress2. Pastu doc cakap...bila kita stress...badan akan mengeluarkan sejenis hormon dan hormon itu dapat melalui placenta or baby sac so kalau hormon stress tu melebihi hormon kehamilan...itu akan mengganggu proses kehamilan dan boleh menyebabkan keguguran. Yeah! It happened to me last time..so statement yg mengatakan ibu hamil tak boleh stress itu adalah benar dan bukan mitos semata-mata.

Pengalamann keguguran akibat stress adalah amat memilukan. Hormon adalah sangat haywire...bleeding non-stop...kena ulang alik ke hospital...bed rest..mc 3 minggu dan sebagainya. Oh...tak mau la cite tentang pengalaman lalu....bak kata orang pengalaman lalu tak perlu dikenang.

Ada terbaca satu artikel menarik...perkara yg suami perlu tahu ketika mengandung...cekidot yaw!

1. Luangkan masa bersama isteri
Mungkin suami terlalu sibuk dengan pekerjaan yang perlu dilakukan. Tetapi mereka perlu berusaha untuk meluangkan masa bersama isteri. Ia kerana pada waktu ini isteri amat-amat memerlukan anda. Dengan hanya berada disamping isteri, ia dapat membantu untuk mengurangkan tekanan yang sedang ditanggung oleh mereka.

Oh! ini adalah benar...bila kita pregnant kan..rasa macam nak duduk bawah ketiak suami je 24 jam. Rasa cam tak nak suami tu pegi mana-mana and duduk je kat sebelah kita. Tapi ni memang melampau la kan. Mau dapat penampau kalau kita request benda ni kat suami kita ya tak. Tapi lagi heaven bila laki kita dok kepit kita bawah ketiak dia takmo bagi lepas...kannnnnnnnn

2. Membantu pemakanan isteri
Seperti yang anda semua tahu, pada waktu ini isteri biasanya akan mengidam. Suami sepatutnya membantu untuk memenuhi kehendak mereka. Selain daripada itu, isteri juga memerlukan makanan yang berkhasiat. Sekiranya suami membelikan mereka yogurt, madu, buah-buahan atau makanan kesihatan yang lain adalah lebih baik.

Ya betul! pompuan peknen ni kehendak dan naluri dia kepada makanan adalah meluap-luap. So Encik Suami...tolonglah faham. Jangan la bila isteri cakap dia nak makan itu ini...u all asyik tanya...tu baby yang nak makan ke mummy yang nak makan tu? tak kisah la sape pun yg nak makan at the end makanan tu sampai kat dalam perut gak. Segala zat makanan ibu pegi gak kat baby. Jadi rerajin la shopping makanan yang berkhasiat untuk wifey anda k. Jangan plak korang para suami yg sibuk nak mengidam...itu sudah lebey!

3. Perlahan
Suami perlu tahu bahawa semasa isteri mereka mengandung, segala pergerakan mereka akan menjadi perlahan. Apabila suami membawa isteri mereka untuk bersiar-siar, berjalanlah dengan perlahan untuk menunjukkan anda memahami situasi isteri anda. Tidak perlu untuk memarahi mereka disebabkan pergerakan mereka yang lambat.

Ya encik abang...sila belajar untuk menjadi slow motion and slow & steady buat sementara waktu. Kalau tak reti nak sabar...tak payah bawak isteri jejalan. Ingat senang nak bawak perut tu kehulu kehilir laju-laju? Sindri mau ingat :P

4. Tidak perlu bertanya, terus lakukan
Semasa isteri anda mengandung, tidak perlulah suami bertanyakan mengenai apa yang perlu dilakukan. Apabila melihat kain banyak tidak dibasuh, terus pergi untuk membasuhnya. Begitu juga terhadap kerja rumah yang lain. Ia adalah ciri seorang suami yang baik.

Tup! sila jadi seorang yg ringan tulang...bukan ringan tangan ya. Building the baby is such a hardwork and rilly tiring so apa kata bantulah isteri anda membuat kerja-kerja rumah. Besar pahala tu bahkan anda akan makin dicintai isteri. Takkan u'ol samggup tengok isteri yang tengah sarat tu tonggang tebalik mengemas. Sian diorang. Nanti apa-apa jadi kat diorang kan susah. Lagi satu jangan la selalu nak buat sepah kat rumah tu ya (bagi suami-suami yang suka menyepahkan rumah..hik2)

5. Belajar
Semasa isteri anda mengandung, mereka akan mengalami perubahan yang besar di dalam aktiviti harian mereka. Suami seharusnya belajar mengenai tanda-tanda seperti ini. Ia akan membuatkan anda lebih bersedia sekiranya isteri anda marah-marah, terlalu sensitif, kuat merajuk dan sebagainya.

Hah! mood isteri adalah haywire...kekadang tetiba suara boleh pitching ke laut...nak sentap sana..sentap sini. So bawak-bawaklah belajar bersabar! Anggap saja suara isteri korang yang tengah marah2 tu umpama irama ditelinga supaya sedap didengari...boleh? hihi

6. Membantu menyiapkan hidangan makan
Sekiranya sebelum ini segala tugasan hanya dilakukan oleh isteri semata-mata untuk memastikan suami mereka kenyang, tidak salah sekiranya semasa isteri mengandung, suami pula melakukan tugasan yang sama.

Apa yang penting...kerjasama! Apa kata sekali sekala tu masak utk isteri pulak...air tangan suami memang terbaik dowh!

7. Membantu menjaga anak yang lain
Ini adalah peluang keemasan untuk suami menghabiskan banyak masa untuk anak mereka. Jangan sesekali melepaskan peluang ini. Ia adalah cara terbaik untuk mengeratkan lagi hubungan anda dan anak.

Masa ni lah you all nak bagi sepenuh perhatian kat anak-anak yang lain sebelum anak yang baru tu lahir...betul tak ;)

8. Membawa isteri ke mana sahaja
Pada waktu ini, sebaiknya jangan biarkan isteri anda memandu seorang diri. Sekiranya anda mempunyai masa, bawalah mereka ke mana sahaja mereka ingin pergi.

Bawalah isteri anda kemana saja...even kalau dia nak ke London sekali pun...over kauuuuu! ahaks

9. Pinjamkan tangan anda pada isteri
Apabila isteri ingin memakan ubat, pinjamkanlah tangan anda untuk pergi mengambil ubat. Kemudian pinjamkan tangan anda untuk pergi ambil air suam di dapur.

yesssss! pinjamkan segala-gala yang anda anda...serah segala...jiwa dan raga...ape aku melalut ni baiiiii???

Peranan Suami Ketika Isteri Hamil

~Suami perlu meringankan beban isteri menguruskan rumah tangga seperti membantu membuat kerja rumah atau keperluan anak sedia ada.

~Bagi sokongan moral kerana emosi isteri mudah terganggu ketika hamil. Biasanya isteri menjadi lebih sensitif, jadi bersabarlah melayan kerenah isteri.

~Sediakan persekitaran yang sihat dan selesa untuk isteri.

~Ingatkan isteri agar mengamalkan diet seimbang.

~Temani isteri bertemu doktor bagi memeriksa kandungan.

~Manjakan isteri dan kandungan. Luangkan masa berbual dengan isteri dan anak dalam kandungan.

~Tunaikan permintaan isteri yang tidak melampau. Biasanya ketika hamil isteri mengidam nak makan macam-macam makanan.

~Lebih peka dan memahami isteri yang mengalami perubahan, emosi, fizikal dan pemikiran.

~Beli barang keperluan bayi bersama isteri.

~Bawalah isteri bercuti sebagai tanda penghargaan.

~Ikuti kelas pranatal sebagai persediaan untuk bersalin.

~Ketika tarikh jangkaan semakin hampir, isteri akan gelisah dan berasa takut. Tenangkan isteri dan sentiasa berusaha berada di sisinya.

~Temani isteri ketika proses kelahiran, beri kata semangat padanya.

~Jangan lupa berdoa agar isteri dan bayi anda sihat dan selamat.

Ujian besar bagi seorang lelaki

Kata orang ujian besar bagi seorang lelaki bukan ketika menggengam erat tangan jurunikah untuk mengatakan, "aku terima nikahnya..."

Memang, itu saat paling mendebarkan. Boleh berpeluh, boleh terkentut dalam perut. Maklumlah semuanya hendaklah dilafazkan dalam senafas, tanpa satu perkataan pun yang silap. Sekiranya nama isteri pendek, seperti Bedah binti Dol, atau Spiah binti Man, mungkin mudah untuk mengingat dan menyebutnya. Ada nama yang agak panjang, tetapi mudah mengingatinya sebab popular, seperti Siti Nurhaliza binti Taruddin. Kemungkinan untuk tersilap dan tersasul tipis sekali.

Tetapi, ada nama perempuan yang panjang berjela. Contoh, Syarifah Mazlyatun Amirah Puteri binti Syed Abdul Muluk Kurniya Al-Kudsi. Menyebut namanya pun sudah separuh nafas. Kalau masuk mas kahwin, boleh semput nafas dibuatnya!

Sebab itu lafas nikah, terutama untuk nama-nama yang panjang berjela, adalah ujian paling besar bagi sesetengah lelaki. Tetapi, rupa-rupanya ada ujian yang lebih besar, lebih getir.

Ujian ini ialah ketika isteri mula hamil. Kata yang empunya cerita, apabila isteri mula tidak datang bulan, itu tandanya suami akan menghadapi tempoh getir. Inilah masa untuk menduga kesabaran dan keimanan seorang Adam.

Wanita di peringkat awal kehamilan, terutama jika mengandung sulung, paling banyak kerenah. Konon, ada suami menangis siang malam sebab tidak tahan dengan perangai isteri.

Benci! Jangan kecil hati sekiranya isteri menyebut perkataan itu setiap kali bertemu suami. Bagi sesetengah isteri dia memang 'benci' pada suami sepanjang tempoh mengandung.

Mungkin dia menganggap keadaannya yang tidak datang bulan itu adalah akibat perbuatan suami. Mengapa suami sahaja disalahkan, sedangkan pada hakikatnya itu adalah usaha sama yang dilakukan atas segala kerelaan, dan kenikmatan. Oleh sebab perasaan benci, pada peringkat awal mengandung isteri tidak mahu tidur sekatil dengan suami. "Ketiak awak busuk, peluh awak hangit!" Tergamak dia kata macam itu, pada hal sejak malam pertama menjadi suami-isteri tubuh inilah yang dipeluk setiap malam. Tiba-tiba sekarang bau busuk dan hangit.

Ada suami yang berdegil dan tetap mahu tidur sekatil dengan isteri, walaupun awal-awal isteri telah menyatakan tidak senang dengan bau badan suami. Tengah malam kedengaran bunyi orang jatuh dari katil. Rupanya suami kena penendang isteri!

Suami kena kuatkan iman dan banyakkan bersabar. Untuk sementara waktu tidurlah di atas sofa sambil memeluk batal guling. Biarkan "mak buyung" terlentang sendirian di atas katil.

Itulah antara perubahan mendadak sikap isteri tercinta sebaik sahaja dia disahkan positif mengandung oleh doktor. Jangan ambil hati, dan jangan mengadu pada emak. Buat malu kaum lelaki sahaja.

Suami juga kena pekakkan telinga. Waktu-waktu awal berbadan dua, isteri selalu muntah. Tak fasal-fasal pun boleh muntah. Pagi wek, tengah hari wek, petang wek, malam wek. Wek, wek, wek tidak kira di atas katil, di meja makan hatta di dalam tandas.

Tidaklah diketahui dengan pasti apa yang menyebabkan tekaknya geli seperti dimasuki anak katak atau tersubat lipas. Tetapi katanya dia berasa loya dua puluh empat jam. Untuk menghilangkan rasa loya orang hamil suka benda-benda masam. Putik mempelam, putik binjai, putik kuini, dan putik-putik lain yang masam selalu menjadi penghilang loya. Tidak makan nasi tidak mengapa, asalkan dapat asam. Asam boi, jeruk betik, jeruk limau, jeruk kelubi dan macam-macam jeruk basah dan kering sentiasa ada di sisi. Pendek kata, pada ketika ini asam boi lebih diperlukan dari suami. Jangan kecil hati.

Tidak mengapa sekiranya isteri mahukan asam, sebab benda itu mudah dicari. Ada pun yang menjadi cabaran suami ialah apabila si dia meminta makanan yang sukar diperoleh. Contoh: isteri minta dicarikan durian, sedangkan ini bukan musin durian. Raja buah itu bermusim bukan boleh dapat sepanjang masa macam pisang nangka. Datuk X, Datuk Y, atau Datuk Z yang banyak duit pun pasti tidak boleh membeli durian sekiranya bukan musim durian.

Kadangkala yang diidamkan oleh isteri mengandung benda yang pelik-pelik, boleh menyinga suami dibuatnya. Ada yang teringin sup lidah unta, ada yang meminta hati pelanduk, malah ada yang menangis hendak makan sup ekor dhab.

Seorang suami yang tidak tahan dengan permintaan isteri yang bukan-bukan telah mencadangkan, dengan nada sinis: " Awak tak teringin ke sup rel kereta api? Kalau teringin gulai tayar logi balak pun saya boleh carikan!"

Paling menyakitkan hati suami ialah apabila benda yang susah dicari itu berjaya diperolehi, si isteri buat 'dhek'. Contoh: tengah malam buta isteri merengek minta dicarikan buah berangan. Pusing satu bandar mencari, akhirnya bertemu dan membeli sekilo walau pun harganya tinggi. Bila samapai di rumah dan di tunjukkan buah berangan, isteri hanya geleng-geleng sambil berkata: "Lama sangat abang cari, sampai dah hilang selera. Sekarang saya teringin sangat nak makan pengat pisang, ader ker jual waktu macam ni?"

Kalau suami tidak penyabar memang muka isteri kena cepuk dengan pembungkus buah berangan! tetapi itulah perangai orang perempuan semasa berbadan dua. Suami kena terima dengan tenang. Anggaplah semua itu sebagai 'cobaannn' seperti dalam filem P. Ramlee.

Secara peribadi saya tidak pasti apakah perangai pelik isteri semasa mengandung itu benar-benar 'pembawaan budak' seperti yang selalu didakwa. Atau, adakah itu semua hanya acah orang perempuan untuk mendera suami?

Dalam hal memenuhi permintaan isteri semasa mengandung, saya mengakui sebagai suami yang kurang prihatin. Saya hanya melayan permintaannya sekiranya itu boleh diterima akal. Kalau setakat hendak cempedak goreng atau sup ayam, okey.

Tetapi, jika dia meminta yang bukan-bukan dan sukar diperolehi, seperti hati unta goreng atau sup dhab mati berangan, saya hanya berkata selamba: "Yang itu kali ni tak sempat kot, tunggu awak mengandung sekali lagi nanti saya carikan!"

Hormon Isteri Mengandung Berubah 'Hormon Pemikat' Suami Bertambah

Emosi terganggu, mengada berlebihan dan menuntut dimanjakan berikutan perubahan hormon, antara sikap sebilangan wanita mengandung.

Barangkali individu bujang tidak mengetahui tetapi boleh cuba memahami.

Selain itu perempuan mengandung juga sering sakit kepala, muntah, dahaga, buku lali bengkak dan gusi berdarah. Bukan semua wanita, sebilangan mereka dipercayai menempuh dugaan terbabit.

Namun itu semua lumrah, bukan mudah melahirkan jasad bernyawa, anak.

Semua itu cabaran untuk wanita.

Apa pula cabaran suami ketika isteri mengandung?

Ha Ha Ha!

Petang tadi saya berborak dengan beberapa individu disahkan lelaki dan berstatus suami. Maklumlah, sekarang ini ramai kelihatan seperti lelaki tetapi belum terbukti 'kejantanan' mereka. Maksud saya, mereka tidak berminat terhadap perempuan, lelaki lebih mengghairahkan.

"Masa isteri mengandung, suami banyak cabaran. Bukan sahaja melayan setiap kerenah isteri, bersabar memenuhi segala kehendak malah ketika itu 'ruang' kita dipikat gadis atau wanita lain di luar sana terbuka luas," kata rakan.

"Maksudnya?," soal saya.

"Ketika itu kalau cuba mengurat, selalu dapat biarpun kita sekadar bergurau. Perempuan mudah terpikat," jelasnya.

Saya kurang pasti sejauhmanakah kesahihan dakwaan itu tetapi percaya sebilangan pembaca lelaki dan wanita blog ini mampu berkongsi pengalaman terdahulu.

Bukan sahaja hormon isteri berubah, 'hormon pemikat' suami juga dikatakan bertambah.

Namun pada masa sama kita tidak dapat menolak faktor penyebab lain. Sewaktu mengandung feel isteri tidak konsisten. Majoriti mereka cepat marah, hati dan jiwa mudah terhiris sekaligus membosankan suami.

Tips penting kepada suami, jika isteri mengandung, sewaktu bangun pagi, tanpa diminta atau isteri perlu merengek, cuba urut kaki dan betis mereka.

InsyaAllah, kehidupan mereka seharian akan lebih tenang dan 'terkawal'.

kenangan 20 tahun lalu





suka sangat2 cite ni......................dah habis tengak tomato man baru gi tolong mama jual nasi lemak.Dah tutup tv nyanyi lagi tomato.tomato..tomato man.....! hehehehe





Masa kecik2 dulu arwah adik Alwi suka beeraksi macam baja hitam ni bila kayuh beskal.Aku pulak kena buli dgn budak lelaki darul quran dgn gelaran suria baja hitam, masa tu aku pengawas....kena la garang budak2 lelaki kat Darul Quran tu panggil aku suria baja hitam sebab nama aku suryani....






miss comet....sebelum adanya doraemon