Followers

Wednesday, April 25, 2012

All About Mandi Bunga Hukum hakam tujuan......


Untuk mandi bunga ini tak perlulah anda pergi ke spa ataupun pusat-pusat kecantikan, sebab ianya senang dibuat sendiri.

Bahan-bahannya :
- Bunga kenanga.
- Bunga mawar.
- Bunga susun kelapa.
- Bunga kesidang.
- Bunga tanjung.
- Bunga cempaka.
- Hirisan daun limau purut.
- Hirisan daun pandan.
- Air mawar (biasa dijual dikedai bunga India).

Caranya :
1. Air mawar dititikkan kedalam hirisan daun pandan dan daun limau purut yang telah diracik halus.
2. Kemudian rendamkan 7 jenis bunga tadi dengan air semalaman didalam mangkuk seramik.
3. Sebelum mandi bacakan Salawat nabi 3 kali dan Al-fatihah sekali dan niatkan untuk tujuan apa anda mandi bunga ini. (Niatkan yang baik-baik sahaja).
4. Selepas itu barulah air rendaman ini digunakan untuk mandian.

Khasiatnya :
Ianya mampu menaikkan semangat diri. Haruman bunganya dapat menenangkan fikiran dan warna-warna bunga menceriakan aura penglihatan yang mampu memberi ketenangan. Badan yang letih dan lesu akan terasa segar dan sihat setelah mandi dengan ramuan ini. Kalau boleh lakukanlah sebulan sekali, selain untuk menaikkan seri wajah ianya boleh membuatkan wajah dan badan sentiasa awet muda. InsyaAllah.

Nota :

Kalau salah satu bunga diatas tiada, boleh digantikan dengan bunga lain seperti bunga kekwa, tetapi jangan gunakan bunga yang berbau busuk. Selamat mencuba.....

Aura tubuh yang tersumbat akan melemahkan organ tertentu didalam tubuh. Organ yang lemah tidak akan dapat memancarkan gelombang warna yang baik dan cantik Akibatnya ialah AURA yang buruk lebih menyerlah!...
Nak cuci aura lakukan salah satu :-
Mandi Garam, Mandi dibawah Air Terjun, Mandi Air Hujan, Meditasi Mandi Bunga
Mengapa masyarakat kita suka mandi bunga?
1. Tradisi masyarakat Melayu untuk memulihkan AURA
Mengapa 7 jenis bunga?
1. 7 Jenis Bunga untuk 7 Warna Chakra Utama mengikut susunan Pelangi
2. Tenaga warna hidup dari pati bunga mampu membersih, merawat merangsang tenaga Chakra dan Aura pada tubuh.

Ceria Menawan:

Mandi bunga ibarat magnet Amalan tradisional, moden dilakukan kebanyakan wanita bertujuan naikkan seri wajah, tingkat keyakinan diri AMALAN mandi bunga bukan baru dalam masyarakat Melayu namun selalu disalah anggap dan dikaitkan dengan ritual membuang sial atau sesuai untuk wanita berusia yang belum menemui jodoh. Kini, amalan itu mula mendapat tempat di kalangan wanita sama ada yang sudah berumah tangga atau belum berkahwin untuk kelihatan cantik dan menarik. Masih mengekalkan penggunaan bunga dan limau purut namun caranya diubahsuai mengikut peredaran semasa. Tujuannya untuk menghilangkan tekanan, menyegarkan badan, mencantikkan kulit, menghilangkan bau badan dan menaikkan aura warna dalam badan untuk kelihatan ceria dengan wajah yang berseri. Dua jenis mandi bunga yang masih diamalkan ialah melalui cara tradisional dan moden. Mandi bunga cara tradisional lazimnya dilakukan pengamal perubatan tradisional dengan bacaan ayat al-Quran bertujuan membantu mereka yang mempunyai masalah peribadi seperti lambat mendapat jodoh atau mengalami masalah rumah tangga. Pasangan pengantin juga selalunya disaran melakukan amalan ini untuk mengusir anasir negatif dalam badan sebelum memulakan hidup baru, katanya. kini mandi bunga diperbaharui mengikut cara moden dan boleh dilakukan di kebanyakan salun kecantikan atau jika berkesempatan, mandi bunga juga boleh dilakukan sendiri di rumah. "Tapi ramai orang kini terikat dengan kerjaya dan urusan seharian dan adalah lebih mudah jika mereka mendapatkan khidmat mandi bunga di salun kecantikan kerana selain ditawarkan pakej dengan harga berpatutan.
Pelanggan berpeluang memanjakan diri dengan pelbagai rawatan lain misalnya mandi lulur, mandi susu, sauna dan urutan. "Pilihlah bunga berbau wangi dan seelok-eloknya mempunyai warna menarik kerana dari segi saintifik, aura warna dan bauan bunga mempunyai tenaga sendiri yang akan bertindak balas dengan tenaga dalam tubuh seperti kuasa magnet".

INFO: Bunga dan khasiat

Mawar merah - membuatkan seseorang menjadi lebih berani dan berkeyakinan tinggi.
Mawar putih - menyegarkan dan menyucikan badan supaya nampak lebih berseri.
Cempaka putih - melembut dan mewangikan badan.
Cempaka kuning - menyerikan wajah dan mewangikan badan.
Melur putih dan kuning - menyucikan dalaman.
Bunga kenanga - menaikkan seri dan senang didekati.
Limau purut - buang kotoran badan dan membuka pori supaya aura serta seri bunga dapat bergabung dengan aura badan dengan mudah.
Limau susu - melembutkan kulit.


CaRa MaNDi BuNGa 2:-

1. SeDiaKaN BaRaNG SePeRTi 7 JeNiS BuNGa YaNG JeNiS BeRBau WaNGi. aMBiK 7 KuNTuM SeTiaP 1 JeNiS BuNGa.

1) BuNGa CeMPaKa~7 KuNTuM

2) BuNGa HaRuM SuNDaL MaLaM~7 KuNTuM

3) BuNGa KeNaNGa~7 KuNTuM

4) BuNGa KeKWa~7 KuNTuM

5) BuNGa TaNJuNG~7 KuNTuM

6) BuNGa MeLuR~7 KuNTuM

7) BuNGa MaWaR~7 KuNTuM

2. MaSuKKaN DaLaM BaLDi YaNG BeRiSi aiR BeRSiH. CeRai CeRaiKaN BuNGa TeRSeBuT SuPaYa TeRTaNGGaL DaRi BaTaNGNYa.

3. HiRiSKaN LiMau PuRuT DaN LiMau NiPiS uNTuK DiCaMPuRkAn BeRSaMa BaGi MeNaMBaH HaRuMaN aiR MaNDiaN iTu.

4. TiTiKKaN 7 TiTiK MiNYaK WaNGi TaNPa aLKoHoL TeRSeBuT DaLaM BaLDi iTu. 7 TiTiK SeTiaP 1 SeBaNYaK 7 JeNiS. TiK!!! TiK!!! TiK!!! TiK!!! TiK!!! TiK!!!

5. LePaS Tu BaCa aYaT aYaT BeRiKuT:

i. BiSMiLLaH 7 KaLi.

ii. SeLaWaT PaDa NaBi 7 KaLi.

iii. BaCa aYaT KuRSi 7 KaLi.

iv. BaCa 4 QuL 7 KaLi vi. BaCa aYaT DaLaM SuRaH aL-NuR SeBaNYaK 7 KaLi. STaRT DeNGaN.. aLLaHuNuRuSSaMa...
6. SeLePaS Tu eMBuN KaN aiR SeBaLDi Tu SaTu MaLaM KaT LuaR RuMaH. PaSTiKaN BuKaN BaWaH PoKoK (aTaS BuMBuNG LaGi BaGuS.

7. eSoK BaNGuN SuBuH-SuBuH, MaNDi BuNGa SaMa aDa aWaL PaGi aTau LeWaT PeTaNG WaKTu MaGHRiB.

MaNDi BaCa BiSMiLLaH 7 KaLi DaN SeLaWaT PaDa NaBi 7 KaLi. NiaT DaLaM HaTi HaSRaT YaNG DiHaJaTi. MaSa JiRuS, BuNGa YaNG JaTuH Ke BaDaN Tu JaNGaN BuaNG, aMBiK DaN GoSoK-GoSoK Di SeLuRuH BaDaN.
aiR MaNDi tu JaNGaN Di KeSaT, BiaR ia KeRiNG Di BaDaN.

No comments:

Post a Comment