Followers

Wednesday, April 25, 2012

Apakah itu IMAN?











Jika sesiapa yang masih kelabu tentang bab ini, amatlah ruginya.. tiada islam tanpa iman, tiada amal tanpa iman, sebab landasan amal dan islam ialah Iman. Bolehkan Iman diusahakan?

Tahukan anda...bahawa jika sekiranya seseorang yang tidak ada amal langsung, dan mati dalam keadaan iman yang paling lemah, paling daif iaitu kecil imannnya hanya sebesar zarah, maka akan dibalasi ia dengan surga yang besarnya 10x bumi x 7lapisan langit x 10.

Mari kita bincang-bincangkan.

selemah-lemah iman... sebesar zarah...
tapi dapat x kita pertahankan iman kita walaupon sebesar zarah?
byk benda yg merosakkan iman, secara sedar mahupon x
Iman yang sebesar zarah ialah iman yang paling lemah, kita ibaratkan seperti gula didalam air, jika terdapat gula yang terlalu sedikit didalam segelas air, iaitu hanya sebesar zarah, dapatkah kita merasai kemanisannya? jawapannya tidak. Iman yang sebesar zarah ialah yang amat lemah dan berada disisi garisan zon kekafiran. Orang yang langsung tidak ada iman, mereka inilah dinamakan kafir. Mereka ini kekal didalam neraka selama-lamanya. Namun selagi ada iman didalam hati ketika matinya, maka surga itu pasti untuknya.

Namun iman ini boleh berubah-ubah, terkadang naik, terkadang turun, terkadang kuat, terkadang lemah, terkadang masuk, terkadang keluar, terkadang masuk terkadang terkeluar. Iman adalah tingkatan teratas yang paling penting untuk manusia. Atas maksud imanlah maka 124,000 nabi diutuskan. Misi utama rasul-rasul dan nabi-nabi adalah untuk perkara iman.

Bolehkah iman itu diusahakan? supaya iman yang lemah menjadi kuat, iman yang goyang menjadi teguh?


Daripada Saiyidina 'Umar juga, RadiALLAHuanhu beliau berkata:
”Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SalALLAHualaihiwasa lam pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya.Lalu dia duduk menghampiri Nabi Rasulullah SalALLAHualaihiwasa lamlalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: “Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam.”Lalu Rasulullah SalALLAHualaihiwasa lam bersabda: “lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan ALLAH dan bahawa Muhammad itu utusan ALLAH, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke Baitullah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. “Lelaki tersebut berkata: “Benarlah engkau.” Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: “Terangkan kepadaku tentang lman.”
Baginda bersabda: “(lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada ALLAH, para MalaikatNYA, kitab-kitabNYA, para RasulNYA, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk.” Lelaki itu berkata: “Benarlah engkau. Dia berkata lagi: “Terangkanlah kepadaku tentang Ihsan.” Baginda bersabda: “Ihsan itu ialah bahawa engkau menyembah ALLAH seolah-olah engkau melihatNYA. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNYA, maka sesungguhnya DIA melihatmu.” Lelaki itu bertanya lagi: “Terangkan kepadaku tentang Qiamat.” Baginda bersabda: “Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya.” Lelaki itu berkata: “Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya.” Baginda bersabda:“(Antara tandatandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya). Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: “Wahai 'Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu?” Aku berkata: “ALLAH dan RasulNYA lebih mengetahui.” Baginda bersabda: “Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.”

- Hadiths Riwayat Al-lmam Muslim (Hadiths riwayat Muslim, kitab Al-iman, no: 9 dan 10, Al-Tirmizi, kitab Al-iman, no: 2535, beliau berkata: hadiths ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab Al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab Al-sunnah,no:4075, Ibn Majah, kitab Al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346 )-
LA ILA HA ILLALLAH
MUHAMMADUR ROSULULLAH

bukan amalan kita yg menentukan kita masuk syurga neraka tetapi rahmat Allah swt.
sama2lah kita menuju kepada Nya untuk mencapai tahap Mukmin

Masuk surga dengan rahmat Allah, tetapi amalan manusia dikira diakhirat nanti, terdapat mahkamah dan neraca timbangan diakhirat nanti yang akan mengadili amalan sekalian manusia, hakimnya adalah Allah swt sendiri. Sekalian amalan baik dan buruk akan ditimbang. Konsep iman dan amal perlu kita fahami dengan jelas, seperti mana kita boleh mengenal mana satu matahari dan mana satu bulan. Jika konsep iman dan amal ini kita masih kelabu, maka kita akan rugi..disebabkan kita tidak mengenal dan jahil tentang keduanya. Ibarat seperti seorang miskin yang papa kedana yang bekerja memikul batu setiap hari untuk mendapatkan sesuap nasi. Sedangkan lantai rumahnya diperbuat daripada emas dan tiangnya dari permata, tetapi dia tidak tahu sama sekali(jahil) tentang emas dan permata dan tidak ambil tahu tentangnya. Bukankan ini satu kerugian....


Iman ialah keyakinan didalam hati, yakin dengan sebenar-benar yakin kepada apa sahaja yang disampaikan oleh Nabi SAW, semuanya benar. Yakin bahawa manusia akan dibangkitkan kembali selepas mati, apa sahaja amalannya didunia akan dibalas dengan ganjaran yang tidak seimbang, iaitu pahala yang amat besar dibandingkan dengan amal yang sedikit. Nilai satu pahala ialah memenuhi langit dan bumi.

Seseorang yang yakin dengan kuat bahawa dia akan berhadapan dengan Allah swt diakhirat nanti, maka perasaan kebimbangan dan takut akan datang, dia akan disoal dan dia akan menjawabnya, banyak kesalahan dan kesilapan yang dilakukannya semasa hayat.

Diakhirat nanti dia akan ditanya, alangkah malunya. Dia akan ditanya satu soalan kenapa dia berbuat demikian..., Allah swt adalah zat yang maha mulia dan maha suci, Allah swt menyukai kebaikan dan kesucian, Allah swt membenci kezaliman dan penganiayaan. Apabila ditanya solan tersebut, alangkah malunya tiada terhingga..
Namun apabila ditanya soalan amalan baiknya, alangkah girangnya hati untuk menjawabnya kerana amalan tersebut adalah sesuatu yang Alllah swt menyukainya.

Iman boleh diusahakan, apabila betul iman amal akan betul, apabila rosak iman amal akan rosak, apabila lemah iman...nak beramalpun jadi malas.

No comments:

Post a Comment