Followers

Sunday, July 15, 2012

Hukum Aqiqah








AQIQAH

Maksud Aqiqah

Aqiqah ialah binatang sembelihan sebagai tanda kesyukuran di atas kelahiran seorang anak.


Hukum Aqiqah

Ia adalah sunat yang sangat dituntut ke atas bapa atau penjaga bayi.


Waktu Aqiqah

Ia sunat dilakukan pada hari ketujuh selepas kelahiran bayi. Namun begitu, ia harus dilakukan oleh bapa atau penjaga bayi sejurus selepas kelahiran sehingga baligh. Setelah baligh, bapa atau penjaga tidak lagi dituntut untuk melakukan Aqiqah untuk anaknya tetapi anaknya itu boleh melakukan Aqiqah untuk dirinya sendiri.


Hikmah Ibadah Aqiqah

-Melahirkan rasa gembira dengan nikmat Allah s.w.t. iaitu kelahiran cahaya mata yang menjadi penyeri kehidupan rumahtangga.


-Menanam di dalam jiwa rasa pemurah dan menghilangkan rasa kedekut.


-Mengembirakan hati golongan yang tidak bernasib baik dan miskin dengan memberi mereka makan


Syarat Binatang Aqiqah

Binatang yang boleh dibuat Aqiqah adalah sama dengan binatang Qurban iaitu binatang ternakan sahaja seperti unta, lembu dan kerbau serta kambing dari segala jenisnya. Binatang tersebut mestilah selamat dari sebarang jenis kecacatan yang menjejaskan dagingnya seperti terlalu kurus, tempang yang jelas, sakit yang menyebabkan binatang itu kurus atau dagingnya memudaratkan, buta sebelah dan terpotong telinga. Bagi lembu dan kambing yang ingin disembelih, ia mestilah berumur tidak kurang dari dua tahun dan bagi biri-biri pula, mestilah berumur tidak kurang dari setahun atau setelah bersalin gigi hadapannya walaupun belum cukup setahun.


Hukum Berkongsi Binatang Aqiqah

Seekor kambing telah memadai untuk seorang bayi samada lelaki atau perempuan tetapi adalah lebih baik disembelih dua ekor kambing untuk seorang bayi lelaki dan seekor kambing untuk seorang bayi perempuan. Manakala seekor lembu boleh dikongsi untuk tujuh orang bayi.


Pengagihan Daging Binatang Aqiqah

Daging binatang yang disembelih sunat dimasak terlebih dahulu sebelum diagihkan.

No comments:

Post a Comment